Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Diikat 2-2 oleh Afrika Selatan, Argentina masih buru kemenangan pertama

Jul 28, 2023 | 2:35 PM
BERAKSI: Pemain pertahanan Argentina, Sophia Braun (kiri) dan pemain tengah Argentina, Aldana Cometti (dua dari kanan) cuba mendapatkan bola ketika Argentina menentang Afrika Selatan di Stadium Dunedin pada Jumaat.
BERAKSI: Pemain pertahanan Argentina, Sophia Braun (kiri) dan pemain tengah Argentina, Aldana Cometti (dua dari kanan) cuba mendapatkan bola ketika Argentina menentang Afrika Selatan di Stadium Dunedin pada Jumaat. - Foto AFP

DUNEDIN: Argentina bangkit selepas ketinggalan dua gol untuk seri 2–2 dengan Afrika Selatan, walaupun kemenangan pertama yang dicari-cari di Piala Dunia Wanita masih belum diperolehi.

Afrika Selatan, turut terkilan kerana terlepas peluang keemasan untuk meraih kemenangan pertama sendiri harus bangkit dan membuat persiapan bagi perlawanan seterusnya.

Di Stadium Dunedin di New Zealand, pemain tengah Linda Motlhalo meletak Afrika Selatan di hadapan pada minit ke–30 dan penyerang Thembi Kgatlana kemudian menggandakan kedudukan dalam separuh masa kedua.

Terdesak dan di ambang penyingkiran dari pertandingan, pengurus Argentina, German Portanova, menggantikan beberapa pemain dan suntikan pemain bertenaga itu mengasak tanpa henti barisan pertahanan Afrika Selatan.

Pergantian itu berbaloi apabila kedua–dua pemain gantian, Yamila Rodriguez dan Romina Nunez bergabung untuk menjaring gol kedua Argentina.

Gol pertama Argentina tiba pada minit ke–74 menerusi sepakan voli dari bek kanan Sophia Braun yang mencerah harapan bagi pasukannya bangkit dan menyamakan kedudukan.

Gol yang dinanti-nantikan muncul selang lima minit, gol pertama Argentina, apabila Nunez menanduk masuk gol kedua Argentina, hasil hantaran silang Rodriguez, untuk menyamakan kedudukan.

Argentina, yang masih belum memenangi satu perlawanan di Piala Dunia Wanita, akan berdepan Sweden, yang menduduki tempat ketiga di ranking dunia, dalam perlawanan terakhir Kumpulan G pada Rabu depan.

Sweden kini menduduki tangga pertama dalam Kumpulan G, diikuti Italy, Afrika Selatan dan Argentina. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg