Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sepanyol boleh main ‘lebih baik’ walau tundukkan Zambia 5-0

Jul 27, 2023 | 04:59 PM



AUCKLAND: Walau berbaki satu perlawanan, pasukan bola sepak wanita Sepanyol sudah berjaya ke pusingan kalah mati Piala Dunia Wanita setelah menundukkan Zambia 5-0.


Dalam perlawanan kedua Kumpulan C pada Rabu di Stadium Eden Park, anak didik Jorge Vilda menyumbatkan lima gol, sekali gus meletakkan kumpulan itu di tangga teratas kumpulan.

Namun, Vilda menekankan masih banyak yang mampu dikecapi skuadnya.

“Kita belum lihat versi terbaik Sepanyol, hal ini amat jelas. Kami ada empat hari untuk membuat pembaikan, pulih secara fizikal dan mental bagi menunjukkan prestasi lebih baik menentang Jepun,” ujarnya.

Pasukannya akan berhadapan dengan Jepun pada Isnin untuk menentukan penyandang tempat teratas Kumpulan C – Jepun juga berjaya melangkah ke peringkat kalah mati setelah menewaskan Costa Rica 2-0.

Teresa Abelleira membuka tirai jaringan bagi Sepanyol, manakala Jenni Hermoso dan Alba Redondo menjaringkan dua gol setiap seorang.

Sejauh ini, Sepanyol telah menjaringkan lapan gol dalam Piala Dunia Wanita kali ini, menggariskan keupayaan mereka merebut kejuaraan kali ini.

Vilda tetap menegaskan pasukannya boleh bermain dengan lebih baik.

Ini lebih-lebih lagi dengan penampilan semula Alexia Putellas dalam perlawanan menentang Zambia setelah kembali daripada kecederaan.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak dua kali itu direhatkan dalam perlawanan pembukaan bagi memberi ruang untuk beliau betul-betul pulih.

Pemain Barcelona yang bermain di bahagian midfield itu merupakan tunjang yang mengatur gerakan – beliau menjadi penggerak bagi gol kedua Sepanyol.

Dua gol awal pada separuh masa pertama memberi bayangan Sepanyol mungkin menang besar ke atas Zambia tetapi skuad kendalian Bruce Mwape menunjukkan kejituan dalam usaha membendung kemaraan pihak lawan.

Namun pada 20 minit terakhir perlawanan, keletihan pemain Zambia dan mutu permainan Sepanyol lebih menyerlah, lantas mencerminkan penguasaan keseluruhan Sepanyol.

Dengan ini, Sepanyol memperoleh rekod bersih dalam dua perlawanan berturut-turut setelah berjaya mengekang gawangnya daripada dibolosi.

Ia juga merupakan kemenangan ke-13 daripada 15 perlawanan sejak mereka dikalahkan oleh England pada suku akhir Euro 2022.

Dalam pada itu, kekalahan Zambia bermakna ia tersingkir daripada kejohanan ini sekalipun jika ia mengalahkan Costa Rica pada perlawanan terakhir Kumpulan C pada Isnin. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >