Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

4 Diramal jadi tumpuan

Nov 14, 2022 | 05:30 AM



Percubaan terakhir: Lionel Messi



PERSIAPAN Lionel Messi ke Piala Dunia terakhirnya boleh dianggap agak janggal. Prestasinya di Paris Saint-Germain (PSG) setakat ini tidak memuaskan.



Penyerang berusia 35 tahun itu kekal seorang pemain yang cemerlang tetapi prestasinya kini tidak mencecah kehebatan luar biasa yang beliau paparkan selama ini.



Tetapi adakah perkara ini positif untuk Argentina? Semasa di Barcelona, Messi sentiasa rasa beliau dihargai dan disanjung di negara bukan kelahirannya.



Kini, beliau berada di kelab tanpa ikatan emosi itu. Menggabungkannya dengan kemenangan Copa America Argentina tahun lalu - yang melenyapkan tekanan untuk memenangi sesuatu di peringkat antarabangsa - Messi boleh lebih tenang tanpa tekanan apabila mewakili Argentina.



Adakah penting untuk Messi menang Piala Dunia kali ini? Ya dan tidak, tetapi ada kemungkinan, dengan tekanan yang sudah hilang, sekarang Messi lebih berpeluang berbanding sebelum ini. - Foto Reuters




Bintang muda: Jude Bellingham



JUDE BELLINGHAM hanya berusia 18 tahun tetapi sudah kelihatan mampu memaparkan permainan yang beliau inginkan.



Namun begitu, masih ramai yang belum menyedari betapa hebatnya beliau dan potensinya.



Bellingham sudah pun dijangka terpilih dalam skuad England Gareth Southgate dan tidak mustahil secara automatik dibariskan dalam skuad kesebelasan utamanya.



Menganggap perkara tersebut akan berlaku, pemain 'midfield' Borussia Dortmund itu mungkin menjadi pemain paling penting England, dan salah seorang bintang terbesar kejohanan. - Foto Reuters




Kisah gembira: Christian Eriksen



SELEPAS apa yang dialami perancang serangan ini tahun lalu, tahun 2022 setakat ini berjalan dengan lancar buat Christian Eriksen.



Eriksen, yang rebah di padang sewaktu perlawanan Euro 2020 menentang Finland Jun tahun lalu kerana mengalami serangan jantung, bangkit bermain dan kini menjadi pemain tunggak Manchester United berikutan 12 penampilan di bawah kendalian pengurus Erik ten Hag.



Dinamakan dalam skuad Piala Dunia Denmark, Eriksen, 30 tahun, berasa gembira dapat mewakili negaranya lagi. Bahkan, beliau dijangka masih mampu menghasilkan detik-detik luar biasa di arena antarabangsa.- Foto AFP




Pengganti bintang?: Vinicius Junior



VINICIUS JUNIOR mungkin pemain paling berharga di dunia buat masa ini. Tetapi bintang di Real Madrid itu sebenarnya tidak ada tanda harga kerana mereka tidak akan menjualnya.



Vinicius, 22 tahun, telah membuktikan, di samping Karim Benzema, sebagai pemain utama mereka, jadi bolehkah beliau melakukan perkara sama untuk Brazil?



Neymar, 30 tahun, telah memikul beban harapan Brazil selama sedekad lalu, kerana tiada banyak pencabar untuk mahkota penyerang itu. Tetapi, Vinicius adalah orang yang mampu melakukannya.



Piala Dunia ini akan menjadi kali terakhir Tite sebagai jurulatih Brazil, oleh itu untuk memenanginya sebagai hadiah sempurnakan tugas, beliau akan memilih prestasi dan bakat berbanding sentimen. Ini mungkin bermakna Vinicius, akan menjadi pemain tunggak Tite, dan bukannya Neymar. - Foto Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >