Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Djokovic menang Masters Paris buat kali ketujuh

Nov 6, 2023 | 3:48 PM
JUARA TUJUH KALI: Novak Djokovic bergambar bersama trofinya setelah menewaskan Grigor Dimitrov 6-4, 6-3, sekali gus memenangi kejohanan Masters Paris pada Ahad.
JUARA TUJUH KALI: Novak Djokovic bergambar bersama trofinya setelah menewaskan Grigor Dimitrov 6-4, 6-3, sekali gus memenangi kejohanan Masters Paris pada Ahad. - Foto AFP

PARIS: Novak Djokovic menewaskan Grigor Dimitrov 6-4, 6-3 dalam perlawanan akhir Masters Paris pada Ahad.

Ia turut memperbaiki rekodnya menjuarai kejohanan itu buat kali ketujuh, sekali gus bergerak selangkah lebih dekat bagi mendapatkan ranking nombor satu dunia buat kali kelapan.

Jaguh Serbia berusia 36 tahun itu mengatasi rekod sebelumnya dicatatkan pada 2021 sebagai juara tertua kejohanan itu, merangkul gelaran Masters 1000 ke-40nya dan memperbaiki prestasi kemenangannya dalam 18 perlawanan.

Mengulas tentang kejohanan Masters Paris ketujuhnya, Djokovic berkata: “Adalah sungguh luar biasa dapat memenanginya selepas saya menghadapi keadaan yang agak mencabar minggu ini.

“Saya bangkit daripada ambang kekalahan ketiga berturut-turut pada Khamis, Jumaat dan Sabtu. Saya hampir kalah perlawanan itu dan entah bagaimana berjaya merangkul kemenangan.

“Hari ini, saya rasa persaingan kami agak setanding pada awal perlawanan dan saya memperhatikan bahawa beliau (Dimitrov) agak letih.

“Saya juga letih tetapi saya berjaya bertahan… Jadi saya sangat bangga dengan kemenangan ini memandangkan apa yang telah saya lalui minggu ini.”

Dimitrov, 32 tahun, memburu kejuaraan pertamanya di Paris sejak memenangi Final Persatuan Tenis Profesional (ATP) pada 2017, tetapi mengalami kekalahan ke-10 berturut-turut kepada Djokovic.

Mengulas tentang prestasi pesaingnya, Djokovic berkata: “Saya pernah berada dalam situasi seperti ini banyak kali, tewas pada perlawanan akhir. Tetapi saya bertuah memenangi lebih banyak final daripada kalah.

“Saya sangat berharap beliau (Dimitrov) akan terus bermain pada tahap tinggi kerana beliau telah menunjukkan prestasi terbaiknya minggu ini, dan saya doakan yang terbaik untuknya. Saya harap beliau memenangi beberapa kejohanan besar.”

Kemenangannya bermakna Djokovic telah merangkul kejohanan keenamnya musim ini untuk menyamakan kedudukan dengan Carlos Alcaraz dan mendahului 1,490 mata ke atas pemain Sepanyol itu menjelang Final ATP akhir 2023 di Turin pada November.

Di Cancun, Jessica Pegula menewaskan Coco Gauff 6-2, 6-1 pada Sabtu untuk mara ke perlawanan kejohanan Finals Persatuan Tenis Wanita (WTA), manakala masalah cuaca yang berterusan menyaksikan pertembungan Aryna Sabalenka dengan Iga Swiatek digantung ekoran hujan.

Pemain wanita nombor satu dunia, Sabalenka, dan pemain wanita nombor dua dunia, Swiatek, hanya bermain tiga perlawanan apabila hujan turun. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg