Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Terbuka Bank Erste: Daniil Medvedev capai kemenangan di Vienna

Oct 26, 2023 | 3:35 PM
ATASI LAWAN: Secara keseluruhannya, Daniil Medvedev menang 28 daripada 31 mata servis pertama dan hanya lakukan tiga kesilapan.
ATASI LAWAN: Secara keseluruhannya, Daniil Medvedev menang 28 daripada 31 mata servis pertama dan hanya lakukan tiga kesilapan. - Foto EPA-EFE

VIENNA: Pemain handalan Russia, Daniil Medvedev, telah menundukkan pemain Perancis Arthur Fils, 6-4, 6-2 dalam perlawanan pusingan pertama di Terbuka Bank Erste pada Rabu.

Fils telah mendahului 3-2 dalam set pertama, tapi Medvedev menguasai baki permainan.

Secara keseluruhannya, Medvedev menang 28 daripada 31 mata servis pertama dan hanya melakukan tiga kesilapan.

Pemain ranking kedua Jannik Sinner, dari Italy; Borna Gojo dari Croatia yang disertakan secara wild card, dan pemain asal Perancis, Gael Monfils, yang bermain tanpa diletakkan dalam sebarang ranking, turut menang ke atas lawan masing-masing dalam perlawanan pusingan pertama mereka.

Sinner menundukkan pemain asal Amerika, Ben Shelton 7-6 (2), 7-5; Gojo pula mengatasi pemain Russia, Aslan Karatsev 6-3, 6-3; sementara Monfils pula menewaskan Daniel Altmaier dari Jerman 6-4, 6-4.

Dalam pusingan kedua, pemain ranking kelima asal Jerman, Alexander Zverev, menundukkan pemain Britain, Cameron Norrie 6-2, 6-4, sementara pemain ranking kelapan, Karen Khachanov dari Russia menewaskan pemain Czech Republic, Jiri Lehecka.

Pemain ranking keempat, Hurbert Hurkacz dari Poland pula menang perlawanan pusingan keduanya, dengan menewaskan pemain Jerman, Jan-Lennard Struff 6-1, 6-4.

Pemain ranking kedua asal Norway, Casper Ruud; pemain ranking ketiga asal Amerika, Taylor Fritz; pemain keenam dari Canada Felix Auger-Aliassime; dan pemain Perancis, Ugo Humbert; turut berjaya dalam perlawanan pusingan pertama mereka. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg