Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Jaguh Brighton Mac Allister memang layak ke Liverpool

Jun 19, 2023 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Setiap kali pengadil Nestor Pitana nampak Alexis Mac Allister berlari ke arahnya untuk mengadu tentang keputusan yang diambilnya, beliau hanya akan berjenaka untuk menenangkan pemain asal Argentinos Juniors itu.


“Anda ingatkan saya tentang Lionel Messi,” kata Pitana yang menjadi pengadil final Piala Dunia 2018.

“Hanya pada janggut dan gaya rambut sahaja,” jawab Mac Allister bersenda.

Bakat Mac Allister mungkin tidak setanding dengan Messi – namun kemampuannya kian jelas sejak dari awal lagi, semasa beliau membuat penampilan untuk pasukan Argentina, Argentinos, pada usia 17 tahun sekitar Oktober 2016.

Pemain tengah serba boleh itu membantu mengesahkan promosi pasukannya lewat musim itu, lantas menaikkan namanya daripada sekadar pemain pasukan kelab kecil, kemudian melonjak dan menyerlah di peringkat antarabangsa.

Beliau menjadi pemain kedua dari kelab Argentinos yang dijual dengan harga mahal apabila Brighton menawarkan harga £8 juta ($13 .5juta) pada awal 2019.

Namun populariti tidak hadir dalam sekelip mata.

Sebelum ini, beliau mampu berjalan tanpa dikenali sesiapa semasa di tempat asalnya.

Mac Allister, pemain bola sepak yang dikenali sebagai seorang yang rendah hati dan tidak banyak bercakap, ditukil sebagai berkata, sebelum Piala Dunia, hanya segelintir sahaja penduduk yang mendekatinya untuk bergambar bersama.

Ketika itu beliau berjalan di tempat lahirnya di La Pampa.

Namun sejurus pulang selepas membantu Argentina menjulang Piala Dunia 2022, sekitar 15,000 peminat telah menantikan kehadirannya.

Banyak yang telah berubah bagi pemain berusia 24 tahun itu apatah lagi selepas beliau menandatangani kontrak bernilai £55 juta bersama Liverpool.

Berdasarkan prestasinya pada masa kini, jelas beliau ditakdirkan untuk ke Anfield.

Pengurus umum Argentinos berkata:

“Semasa beliau sertai Brighton, saya beritahunya yang saya tidak akan meminta jersi Brighton daripadanya.

“Apa yang saya inginkan adalah beliau mempelawa saya ke perlawanan pertamanya bersama Real Madrid atau sebuah pasukan yang setanding dengan Real. Sebabnya beliau memang ditakdirkan bermain di peringkat tertinggi.”

Empat tahun kemudian, pemain ini yang tidak pernah henti berlari telah mencapai kemuncak bola sepak elit dan kini akan memainkan peranan penting dalam proses pembangunan semula Liverpool.

Mac Allister, yang mempunyai latar belakang Ireland, ternyata dilahirkan untuk bermain bola sepak.

Bapanya, Carlos, pernah bermain di samping Diego Maradona untuk pasukan Argentina; pak ciknya, Patricio, untuk Estudiantes de La Plata; dan adik-beradiknya, Francis serta Kevin, masing-masing bermain dengan pasukan Rosario Central dan Argentinos.

Mereka juga mempunyai pasukan sendiri di tempat lahir mereka, Deportivo Mac Allister.

Semasa remaja, pemain midfield ini turut membantu bapanya itu dengan memberikan laporan mengenai pemain berbakat bagi pasukan Sepanyol, Osasuna.

Lantas tidak hairanlah Mac Allister menyertai pasukan Argentinos semasa berusia 12 tahun dan mula menempah nama bersama kelab kanak-kanak terkenal itu yang pernah melahirkan pemain seperti Fernando Redondo, Juan Roman Riquelme, Esteban Cambiasso, Fabricio Coloccini dan pastinya, Maradona.

“Saya ingat membawa anak-anak saya ke kelab itu setiap Sabtu dan menyaksikan Mac Allister bermain. Ternyata beliau begitu handal,” kata Roncoroni lagi.

Mac Allister mula buat penampilan bersama pasukan senior di bawah pengurusan bekas pemain pertahanan antarabangsa, Gabriel Heinze, yang beliau anggap selaku jurulatih yang membuatnya bermain lebih baik dan mengajarnya tentang cara ‘membaca’ permainan.

Selepas menunjukkan prestasi hebat bersama Brighton dan membantu pasukan itu mengesahkan kedudukan dalam bola sepak Eropah – kali pertama dalam sejarah 122 tahun mereka – beliau mengakhiri kempen dengan 12 gol dalam 40 perlawanan.

Ia merupakan musim paling hebat dalam kerjayanya setakat ini – dan bapanya, Carlos, pasti bangga dengan beliau.

Semasa perlawanan di usia remajanya, Carlos biasa memekik ke arah anaknya itu untuk masuk ke petak kawasan lawan.

Pada ketika itu Mac Allister tidak gemar berbuat demikian, namun selepas berulang kali mendengar arahan bapanya itu, beliau mula mengubah corak permainannya.

Beliau mampu bermain dalam pelbagai peranan dari bahagian tengah bagi membantu kubu pertahanan sehinggalah bahagian serangan. Di bahagian tengah inilah beliau mengemudi untuk mengatur serangan. Sudah pasti ini akan membantu Liverpool di bahagian tengah mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >