Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dortmund raih kemenangan penting 1-0 ke atas Newcastle

LIGA JUARA-JUARA
Oct 26, 2023 | 04:47 PM



NEWCASTLE: Borussia Dortmund menghidupkan semula harapan mereka dalam Liga Juara-Juara dengan kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United, hasil jaringan klinikal Felix Nmecha pada separuh masa pertama pada Rabu.


Gol Nmecha pada penghujung separuh masa pertama terbukti mencukupi buat pasukan Bundesliga itu mencapai kemenangan pertama mereka dalam Kumpulan F.

Selepas separuh masa pertama yang sengit, Dortmund mempertahankan kelebihan mereka dengan padu setelah rehat, dengan Callum Wilson menanduk peluang ke palang dan rembatan Anthony Gordon terkena tiang pada masa kecederaan pada malam yang mengecewakan bagi Newcastle.

Kekalahan itu adalah antiklimaks buat pasukan Eddie Howe selepas kemenangan besar mereka ke atas Paris St Germain (PSG) dalam perlawanan sebelumnya.

Persaingan dalam kumpulan itu kini terbuka luas dengan PSG mempunyai enam mata, Newcastle dan Dortmund empat mata setiap satu dan AC Milan dua.

“Pada separuh masa kedua kami perlu banyak bertahan tetapi kami melakukannya dengan penuh semangat dan sedikit nasib baik,” kata jurulatih Dortmund, Edin Terzic, kepada TNT Sport.


“Persaingan dalam kumpulan ini akan menjadi sangat sukar hingga ke penghujungnya.”

Newcastle telah menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan dalam tujuh perlawanan di padang sendiri musim ini, termasuk empat gol semasa menewaskan PSG pada awal Oktober.

Tetapi Dortmund membuktikan keunggulan mereka apabila menunjukkan hasil pengalaman Eropah mereka selama ini dengan permainan menyerang menarik pada separuh masa pertama semasa malam hujan lebat di Tyneside.

Dua pasukan itu akan bertemu lagi dalam dua minggu di Dortmund dalam perlawanan yang dijangka menjadi detik penting bagi kedua-duanya.

“Ia akan menjadi sukar tetapi kami berada di Liga Juara-Juara. Tiada apa yang mudah,” kata Howe, yang basah kuyup.

“Anda tahu anda perlu menang di beberapa tempat yang sukar. Sekarang kita perlu bersedia lagi. Saya rasa kami tidak harus kalah hari ini.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >