Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PSG jinakkan Dortmund 2-0 walau tanpa Messi, Neymar

Sep 20, 2023 | 11:32 AM



PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) memulakan kempen Liga Juara-Juara Uefa dengan kemenangan 2-0 ke atas Borussia Dortmund pada 19 September.


Dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F di kubu PSG, Parc des Princes, tonggak tuan rumah Kylian Mbappe dan Achraf Hakimi menjaringkan satu gol setiap seorang.

Juara bertahan Liga Perancis itu menguasai separuh masa pertama tetapi gagal menyumbat sebarang gol.

Namun empat minit selepas permulaan separuh masa kedua, sepakan penalti diberikan kepada PSG.

Ini setelah bola terkena tangan pemain pertahanan Dortmund, Niklas Sule, dan penalti itu dimanfaatkan Mpabbe.

Atur gerak kemas oleh Vitinha yang disempurnakan Hakimi pada minit ke-58 menggandakan kedudukan pasukan tuan rumah.

Keputusan itu bermakna PSG mendahului kumpulan selepas AC Milan dan Newcastle United seri 0-0 dalam perlawanan lebih awal.

Jurulatih PSG Luis Enrique berharap anak didiknya dapat mengekalkan prestasi itu apabila berkunjung ke Newcastle dalam masa dua minggu.

Beliau berkata: “Ia adalah perlawanan yang hampir sempurna. Saya gembira dengan segala-galanya, terutama intensiti kami sejak dari awal serta cara kami menguasai permainan sepanjang 75 minit pertama.

“Kami sepatutnya mampu menjaringkan sekurang-kurangnya satu lagi gol tetapi kemenangan ini memberikan keyakinan kepada kami untuk mara.

“Ia adalah kumpulan yang sukar untuk semua pasukan.”

Sementara itu, Dortmund tidak berada pada tahap terbaiknya dan perlu bangkit apabila menyambut kunjungan AC Milan bagi perlawanan seterusnya.

Mereka masih sedang menyesuaikan diri tanpa khidmat Jude Bellingham yang telah berpindah ke Real Madrid.

Jurulatih pasukan itu, Edin Terzic, juga tidak menurunkan tonggak serangan, Sebastien Haller, sedang penyerang itu mengharungi permulaan kempen yang sukar.

PSG pula berada dalam era baru tanpa Lionel Messi, Neymar dan Marco Verratti serta kejurulatihan di bawah Enrique.

Lima pemain terbaru PSG turut disertakan dalam perlawanan itu, termasuk Ousmane Dembele dan Randal Kolo Muani.

Dalam pada itu, Terzic menyatakan peraturan berkenaan bola terkena tangan “kurang jelas”.

“PSG secara semula jadi akan mengatakan bola terkena tangan dan kami pula menyatakan ia bukan begitu, tetapi pada akhirnya yang paling menyakitkan hati saya ialah kami kurang agresif,” ujar beliau.

Dortmund meletakkan Marco Reus dan pemain terbaru Niclas Fuellkrug di barisan serangannya.

Sungguhpun demikian, pemain gantian dan bakat muda Jamie Bynoe-Gittens menjadi pemain yang paling hampir menyumbatkan gol bagi Dortmund pada minit ke-79 tetapi sepakannya terkena palang. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >