Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua bekas juara dunia tinju ‘heavyweight’ akan hadapi saingan berbeza

Nov 16, 2023 | 03:45 PM



LONDON: Bekas juara dunia tinju heavyweight, Anthony Joshua dan Deontay Wilder akan menentang pesaing berasingan pada malam yang sama dan bagi ‘card’ yang sama pada 23 Disember di Riyadh, Arab Saudi.


Joshua petinju Britain, akan berentap dengan Otto Wallin, dari Sweden.

Wilder dari Amerika Syarikat pula akan menentang bekas juara, Joseph Parker dari New Zealand.

Jika kedua-dua Joshua dan Wilder menang, mereka mungkin menentang satu sama lain pada 2024.

Sementara itu, juara kategori light-heavyweight Persatuan Tinju Sedunia (WBA), Dmitry Bivol dari Russia pula akan mempertahankan kejuaraannya semasa menentang petinju Britain, Lyndon Arthur.


Seorang lagi petinju Britain, Ellis Zorro, pula akan menentang juara cruiserweight Majlis Tinju Sedunia (WBC), Jai Opetaia dari Australia sementara petinju Britain kategori heavyweight, Daniel Dunois, akan berhadapan dengan petinju Amerika, Jarrell Miller.


Pertandingan antara petinju Britain, Tyson Fury dengan Oleksandr Usyk sepatutnya menjadi acara utama pada Disember.

Namun pertembungan mencabar Fury dengan Francis Ngannou dari Cameroon pada Oktober, bagaikan telah “merosakkan rancangan” tersebut.

Dengan tarikh semua pertandingan itu hanya enam minggu lagi, Turki Alalshikh dari Penguasa Hiburan Awam Arab Saudi, dan Frank Warren dari Queensbury Promotions telah dapat merancang perlawanan terbaik dalam sejarah tinju.

Sementara itu, Joshua dan Wilder kini sedang dalam perjalanan untuk merebut kemenangan bagi setiap pertandingan.

Ini setelah masing-masing tewas dalam kejuaraan dunia mereka – kepada Usyk dan Fury.

Joshua, 34 tahun, mendapat promosi daripada Matchroom Boxing dan ‘promoter’ sukan, Eddie Hearn.

Sementara Wilder, 38 tahun, telah menghabiskan sepanjang kerjayanya dengan syarikat Premier Boxing Champions serta penasihatnya yang juga usahawan, Al Haymon, dan diurus ‘promoter’ tinju, Shelly Finkel.

Joshua merupakan juara dunia dua kali dengan rekod 26 kemenangan – termasuk 23 perlawanan yang dihentikan – dan tiga kekalahan.

Wallin, 32 tahun, pula hanya tewas sekali dalam 27 perlawanannya – tewas kepada Fury pada 2019.

Wilder merupakan salah seorang petinju terhebat dalam sejarah kategori heavyweight, dengan 43 kemenangan dan 42 perlawanannya terpaksa dihentikan.


Beliau hanya tewas dua kali dan seri sekali, juga kepada Fury.

Dubois pula yang merupakan pencabar kejuaraan dunia – yang tewas kepada Usyk pada Ogos – akan menentang Miller yang belum pernah dikalahkan.

Warga Amerika itu diuji positif bagi bahan terlarang pada 2019 dan pertandingan bagi kejuaraan dunia menentang Joshua terpaksa ditarik balik.

Bivol yang akan mempertahankan kejuaraan dunia buat kali ke-11 menentang Zorro yang belum pernah dikalahkan, sementara Arthur akan mencabar kejuaraan dunia pertamanya menentang Opetaia.

Awal 2023, Joshua dan Wilder telah berbaincang mengenai perlawanan antara mereka, sebelum perbincangan menemui jalan buntu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >