Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nina jadi juara tinju dunia selepas lima pertarungan

Jun 12, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Jika dilihat pada taraf sukan tinju wanita, pendakian Nina Hughes ke puncak merupakan suatu perkara yang amat menakjubkan.


Beliau menjadi juara kelas bantamweight wanita Persatuan Tinju Dunia (WBA) pada November lalu selepas mengalahkan Jamie Mitchell di Dubai, dalam pertarungan profesionalnya yang kelima.

Kelas bantamweight wanita WBA menghendaki peserta mempunyai berat badan antara 56.7 kilogram (kg) dengan 61.2kg. 

Kemenangan itu menjadi lebih menakjubkan kerana Hughes, 41 tahun, merupakan ibu dua orang anak dan masih bekerja sambilan sebagai seorang setiausaha demi menyara anak-anaknya yang masih kecil.

“Ia satu perkara yang sukar dibayangkan,” kata beliau kepada BBC Sport.


“Lima pertarungan dan saya menjadi juara dunia... ia berlaku terlalu cepat.”

Sejak memenangi gelaran dunia, Hughes telah ditandatangani oleh salah satu penganjur perlawanan tinju terbesar di negara itu, Matchroom Boxing.

Namun begitu, kebangkitan Hughes tidak sepantas yang ramai sangkakan.

Malah, meskipun mula berkecimpung dalam sukan tinju lebih 15 tahun lalu, beliau sering dipandang rendah.

Semuanya bermula di bandar Grays yang terletak di Essex, England. Hughes mula berjinak-jinak mengikuti kelas ‘boxercise’ pada usia 25 tahun, tetapi pada ketika itu tidak terlintas di fikirannya untuk bersaing dalam tinju.

“Saya hanya gemar bersenam tetapi jurulatih sayalah yang menggesa saya untuk mencubanya.

“Jadi saya bermula dengan ‘sparring’ (latih berlawan) dan jurulatih saya berkata saya sudah bersedia untuk bertinju.

“Saya tidak rasa yang saya bagus kerana sering ‘dibelasah’!” jelasnya.

Bagaimanapun, selepas beliau beralih untuk berlatih di gimnasium wanita dan menyedari keupayaannya, Hughes memulakan kerjaya amatur dan ia ternyata membuahkan hasil sehingga beliau dipilih untuk menyertai skuad Britain.

Malangnya, Hughes gagal mendapatkan tempat dalam skuad negara untuk bertanding di temasya Olimpik London 2012 – sukan Olimpik pertama di mana tinju wanita dipertandingkan.

Kegagalan itu telah menghancurkan segala impiannya dan beliau kemudian mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada sukan tinju dan menumpukan perhatian dalam membina sebuah keluarga.

Meskipun berdepan dengan rintangan tersebut, minat mendalamnya terhadap sukan tinju tidak pernah lenyap dan beliau bangkit semula untuk mencuba nasibnya sekali lagi selepas pandemik Covid-19.

Beliau kembali ke gelanggang untuk menyertai pertarungan profesional pertamanya pada Disember 2021, sebelum beraksi dalam tiga pertarungan dalam jangka masa enam bulan sepanjang 2022.

Hughes tidak pernah meragui kebolehannya dan sudah pun menetapkan sasarannya pada pertarungan besar di masa hadapan.

“Saya tidak rasa seperti usia sebenar saya. Anda hanya setua yang anda rasakan,” katanya.

“Saya rasa saya tidak patut didiskriminasi kerana saya berusia 41 tahun.

“Saya rasa orang ramai mudah memperlekeh kebolehan saya kerana mereka melihat pada pengalaman profesional serta usia saya, tetapi ia merupakan satu perjalanan yang panjang, selama 15 tahun untuk sampai ke tahap ini,” tambahnya.

“Semuanya bermula sebagai sebuah mimpi, kemudian akhirnya impian menjadi kenyataan. Saya masih tidak percaya bahawa saya benar-benar melakukannya.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >