Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua pegawai pasukan wanita Canada dihantar pulang dek intip

Jul 25, 2024 | 2:00 PM
Jurulatih Canada, Bev Priestman, berkata beliau tidak fikir sesuai untuk beliau berada di bangku simpanan bagi perlawanan dengan New Zealand.
Jurulatih Canada, Bev Priestman, berkata beliau tidak fikir sesuai untuk beliau berada di bangku simpanan bagi perlawanan dengan New Zealand. - Foto REUTERS

PARIS: Seorang penolong jurulatih dan seorang penganalisis pasukan bola sepak wanita Canada dihantar pulang daripada Sukan Olimpik Paris kerana pembabitan mereka dalam satu skandal pengintipan.

Penganalisis itu, Joey Lombardi, 43 tahun, turut dikenakan hukuman penjara lapan bulan kerana menerbangkan dron ketika sesi latihan New Zealand di Saint-Etienne.

Lombardi mengaku bersalah di mahkamah Saint-Etienne pada 25 Julai, mahkamah memberitahu gensi berita AFP.

Penolong jurulatih itu ialah Jasmine Mander. Lombardi melapor kepadanya.

Ketua jurulatih Bev Priestman turut mengumumkan beliau tidak akan mengambil tempatnya di tepi padang bagi perlawanan pertama Canada menentang New Zealand. Canada adalah juara bertahan.

Keputusan itu ekoran insiden kakitangan pasukan Canada ditahan pihak berkuasa Perancis kerana menerbangkan dron untuk mengintip latihan taktikal New Zealand.

Jawatankuasa Olimpik Canada (COC) berkata ia tahu mengenai insiden membabitkan pasukan New Zealand, yang secara rasmi membuat aduan kepada unit integriti IOC dan telah menuntut jawapan daripada pasukan bola sepak wanita Canada.

“COC berhubung dengan IOC dan berhubung dengan Fifa. Bola sepak Canada telus dan bekerjasama sepanjang proses itu,” kata COC.

“COC akan terus meneliti perkara ini dan mungkin mengambil tindakan lanjut, jika perlu.”

Priestman berkata bahawa beliau tidak fikir adalah sesuai untuk dirinya berada di bangku simpanan bagi perlawanan negaranya menentang New Zealand. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg