Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

DUA PEMAIN LEGENDA

Peluang Messi bukti setaraf Pele dan Maradona

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Lionel Messi dianggap pemain paling hebat apabila beliau memimpin Argentina ke final Piala Dunia Qatar - dan pastinya peluang terakhir untuk memenangi pertandingan itu dan menjualang trofi rebutan semua pasukan dunia, sebelum beliau bersara.



Bintang berusia 35 tahun itu yang telah memenangi anugerah Ballon d'Or sebanyak tujuh kali menjaringkan penalti dan membantu untuk melakar salah satu daripada dua jaringan oleh rakan sepasukannya, Julian Alvarez, untuk pasukannya menundukkan Croatia 3-0.



Sebenarnya Messi belum pernah memenangi Piala Dunia - tidak seperti pemain handalan Argentina mendiang Diego Maradona dan bekas bintang Brazil, Pele - yang sering dijadikan perbandingan dengannya.



Messi berpeluang membuktikan yang dirinya juga setanding mereka apabila Argentina bertemu Perancis atau Maghribi, Ahad ini.



Ini merupakan perlawanan ke-1,002 Messi dalam bola sepak, jaringannya yang ke-791 dan beliau sejauh ini telah membantu dalam melakar 340 jaringan gol.



Beliau telah pun memenangi 35 trofi buat Barcelona, menjulang kejuaraan La Liga untuk kelab Perancis, Paris Sr-Germain dan menjuarai Piala Copa America tahun lalu bersama Argentina.



Bekas pemain pertahanan England, Jamie Carragher, dalam catatan Tweeternya menganggap Messi sebagai pemain paling hebat sejauh ini.



Bekas penyerang England, Alan Shearer, yang menonton perlawanan separuh akhir itu pun berkata:



"Mungkinkah ini akan mengakhiri perdebatan siapa paling hebat - Maradona atau Messi?"



Rob Green, yang bermain untuk England dalam Piala Dunia 2010 mengaggap Messi akan ditabal selaku pemain paling hebat di dunia sekiranya Argentina menjulang Piala Dunia kali ini.



"Jika anda tanya Messi sekiranya beliau ingin menjadi pemain terbaik dunia atau memenangi piala tersebut, beliau pasti inginkan piala itu Ahad ini.



"Sebabnya beliau telah lakukan banyak perkara dalam dunia bola sepak," kata bekas penjaga gawang itu lagi.



Messi merupakan penjaring paling banyak untuk Argentina dalam Piala Dunia dengan 11 gol, dan satu-satunya pemain yang melakar untuk membantu jaringan dalam lima Piala Dunia.



Messi juga satu-satunya pemain yang menjaringkan gol semasa dalam usia remajanya, 20an dan 30an tahun.



Pada 2014, Argentina yang turut diwakili Messi tewas kepada Jerman dalam final Piala Dunia - namun beliau berhasil merangkul Bola Emas selaku pemain terbaik pertandingan tersebut.



Ahad ini Messi berpeluang melengkapkan kejayaannya dalam dunia bola sepak - Piala Dunia, Bola Emas dan But Emas.



Sejauh ini Messi mendahului rakan pasukan Paris St-Germain yang diwakilinya, Kylian Mbappe, selaku penjaring terbanyak - berdasarkan lebih banyak membantu melakar jaringan.



Kededua Messi dan Mbappe telah menjaringkan lima gol sejauh ini.



Pengurus Argentina, Lionel Scaloni, berkata:



"Saya tidak menyangkal lagi bahawa Messi adalah pemain paling hebat.



"Telah lama saya katakan demikian. Saya berbangga dapat saksikan beliau berlatih.



"Tiada apa yang boleh dikatakan lagi tentang Messi. Sememangnya ia satu penghargaan mempunyai pemain sepertinya dalam skuad kami," kata Scaloni lagi. - Agensi berita.




“Saya tidak menyangkal lagi bahawa Messi adalah pemain paling hebat. Telah lama saya katakan demikian. Saya berbangga dapat saksikan beliau berlatih. Tiada apa yang boleh dikatakan lagi tentang Messi. Sememangnya ia satu penghargaan mempunyai pemain sepertinya dalam skuad kami.’’



– Pengurus Argentina, Lionel Scaloni




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >