Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Dua pemain Man U berpindah kelab

Sep 02, 2015 | 05:30 AM



LONDON: West Bromwich Albion telah mendapatkan tandatangan penjaga gawang, Anders Lindegaard, dari Manchester United, di bawah satu kontrak dua tahun.


Pemain antarabangsa Denmark itu menyertai Albion di bawah pemindahan percuma selepas lulus ujian kesihatan di Hawthorns.


Lindegaard menyertai United pada 2010 dari kelab Aalesund di Norway.


Bagaimanapun, beliau hanya tampil sebanyak 29 kali dalam pasukan pertama United, sering kali sebagai gantian untuk Edwin van de Sar dan David De Gea.


Lindegard merupakan pemain ketiga United yang berpindah ke West Brom tahun ini selepas Darren Flecther dan Jonny Evans.


Sementara itu, Bayer Leverkusen telah membeli penyerang Mexico, Javier Hernandez, dari Manchester United.


Ini sedang kelab England itu berusaha merapatkan jurangnya dengan pasukan pesaing lain dalam liga perdana England menyusuli pemergian pemain Korea Selatan, Son Heung Min, yang menyertai Tottenham Hotspur pada minggu lalu.


“Dengan pemindahan ini, kami berupaya menyesuaikan skuad kami dalam menghadapi cabaran besar dalam beberapa bulan mendatang,” kata Ketua Eksekutif Leverkusen, Michael Schade.


“Selepas layak menyertai Liga Juara kami ingin membuat petanda dan berupaya mendapatkan Javier Hernandez,” tambah beliau.


Jumlah bayaran bagi pemindahan itu tidak didedahkan.


Laporan-laporan media, bagaimanapun, menganggarkan bayarannya sekitar AS$21 juta ($29.6 juta).


Hernandez, 27 tahun, menyertai United pada 2010.


Namun, beliau kemudian dipinjamkan ke Real Madrid sepanjang musim lalu, sebelum menandatangani kontrak yang meletakkan dirinya di kelab Leverkusen sehingga 2018. – Reuters.



PEMINDAHAN PEMAIN LIGA PERDANA LAIN


MANCHESTER CITY


Masuk: Kevin De Bruyne (Wolfsburg, harga tidak diketahui)


MANCHESTER UNITED


Keluar: Adnan Januzaj (Borussia Dortmund, pinjaman)


Javier Hernandez (Bayer Leverkusen, £7.3 juta)


Anders Lindegaard (West Brom, harga tidak diketahui)


LIVERPOOL


Keluar: Fabio Borini (Sunderland, harga tidak diketahui)


Lazar Markovic (Fenerbahce, pinjaman)


WEST HAM


Masuk: Alex Song (Barcelona, pinjaman)


EVERTON


Masuk: Ramiro Funes Mori (River Plate, £9.5m)


*maklumat betul sehingga 4 petang waktu Singapura semalam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >