Selepas menduduki tangga tercorot Liga Perdana Singapura (SPL) 2024/25, Tanjong Pagar kini menyasarkan kedudukan lebih baik pada musim 2025/26.
Dengan mengekalkan pemain yang boleh melaksanakan gaya permainan ketua jurulatih Noh Alam Shah, dan mendapatkan pemain baru, Harimau Kumbang bersedia untuk membuktikan keupayaan.
Berikut dua pemain perlu diberi perhatian.
Berdiri pada 1.85 meter, Youssef Ezzejjari mempunyai kehadiran fizikal yang kukuh, serta mampu mencipta gol walaupun dalam keadaan tertekan.
Beliau membawa pengalaman beraksi di pelbagai negara, antaranya Sepanyol, Andorra, Indonesia, Thailand dan Malaysia.
Digelar ‘El-Matador’, Youssef diharap dapat menggempur pintu gawang lawan.
Walau baru berusia 22 tahun, Fathullah sudah menjadi pemain penting untuk Tanjong Pagar United.
Antara pemain utama di SPL, beliau juga perlu mengimbangi tanggungjawab dan tenaga sebagai kapten pasukan itu di SPL 2.
Membimbing pasukan muda sambil meraih pengalaman beraksi dalam liga profesional Singapura, namanya dijangka menjadi sebutan pada musim akan datang.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg