Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua penyokong Geylang International didenda guna kata perkauman

Nov 5, 2024 | 3:30 PM
Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan melaksana protokol yang diamalkan oleh Fifa di mana perlawanan boleh dihentikan jika sesebuah pasukan dilontar kata-kata perkauman yang berterusan dalam sesebuah perlawanan liga.
Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan melaksana protokol yang diamalkan oleh Fifa di mana perlawanan boleh dihentikan jika sesebuah pasukan dilontar kata-kata perkauman yang berterusan dalam sesebuah perlawanan liga. - Foto ST

Dua penyokong Geylang International, sebuah pasukan Liga Perdana Singapura (SPL), telah didenda selepas mereka mengaku gunakan kata-kata perkauman terhadap penyerang Tanjong Pagar United, Salif Cisse semasa perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) pada 19 Julai.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata dalam satu kenyataan pada 4 November bahawa kededua penyokong itu dilarang daripada menghadiri perlawanan SPL dari Julai hingga 30 September dan perlu melaksanakan khidmat masyarakat selama 30 jam melalui Geylang.

Geylang, di mana pihak pengurusan mereka telah meminta maaf secara peribadi kepada Cisse, juga dikenakan denda sebanyak $5,000 hingga akhir musim 2024-25 kerana gagal menegakkan Artikel D, Kod Tingkah Laku Penonton FAS/SPL.

FAS menambah bahawa mereka akan menerangkan kepada semua kelab mengenai protokol yang perlu dipatuhi berhubung dengan salah laku penyokong.

Ia juga akan melaksanakan protokol tiga langkah Fifa, di mana pengadil akan menghentikan permainan supaya pengumuman dapat dilakukan untuk menuntut agar laungan perkauman dihentikan.

Langkah kedua adalah untuk membawa pemain keluar dari padang dan, jika masalah ini berterusan, langkah ketiga adalah untuk tamatkan perlawanan tersebut.

Matlamat FAS adalah untuk melaksanakan protokol ini sepenuhnya pada 1 Januari 2025.

FAS berkata Jawatankuasa Penghormatan juga akan mengawasi Liga Belia Singapura (SYL) agar ia boleh menggalak tingkah laku positif di kalangan pemain, ibu bapa dan jurulatih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg