Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Eddie Howe tuntut pemain Newcastle tebus kekecewaan

Sep 02, 2023 | 05:30 AM



Musim Liga Perdana England baru membuka tirainya dan masuk perlawanan keempat, namun pengurus Newcastle United, Eddie Howe, akur beliau dan anak buahnya sudah mula berasa tekanan.

Namun, bagi pengurus muda itu, tekanan tersebut mencerminkan kemajuan yang telah dicapai Newcastle dan potensi serta jangkaan kelab tersebut di masa depan.

Apakan tidak, Newcastle kini dimiliki dana pelaburan awam Arab Saudi dan mempunyai keupayaan kewangan untuk menjadi ‘pemain utama’ bukan hanya bola sepak England, malah bola sepak Eropah.

Bak kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah.

Justeru, setelah menang besar 5-1 ketika menentang Aston Villa dalam perlawanan pembukaan, kekalahan berturut-turut di tangan Manchester City dan kemudian Liverpool, mempersembahkan cabaran unik bagi Howe.

Jika dua musim lalu, tiga mata daripada tiga perlawanan pembukaan menentang Aston Villa, Manchester City dan Liverpool, mungkin dianggap boleh diterima oleh penyokong pasukan bergelar The Magpies itu, namun kini ia merupakan sebab pencetus kebimbangan.

“Lebih-lebih lagi dengan cara mereka tewas di tangan Liverpool, dengan Liverpool bermain dengan 10 pemain, menunjukkan kelemahan dari segi kematangan dan pengurusan perlawanan bagi para pemain Newcastle,” kata bekas pemain bek kanan Manchester City dan England, Micah Richards.

“Untuk bermain dan bertarung dengan pasukan-pasukan handal, anda tidak boleh bermain seperti itu dan keciciran tiga mata,” tambahnya.

Lantaran itulah, Brighton &Hove Albion, lawan malam ini (12.30 tengah malam waktu Singapura), bukan hanya merupakan peluang Newcastle menebus kekecewaan dua perlawanan lalu, malah tiga mata juga berupaya menjadi pemangkin kepada keyakinan kelab tersebut – daripada pemain hingga penyokongnya.

“Tiga kekalahan berturut-turut, meskipun dua daripadanya di tangan City dan Liverpool, adalah sukar untuk pulih daripada keadaan seperti itu.

“Ia meletakkan anda di bawah tekanan yang hebat untuk perlawanan seterusnya,” kata Richards lagi.

Howe bagaimanapun menolak saranan bahawa tiga mata adalah satu kemestian semasa anak buahnya bertandang ke Stadium Masyarakat American Express.

“Setiap perlawanan, tiga mata adalah matlamat kami. Tapi dalam bola sepak, ia kadangkala tidak begitu mudah. Ada sebab-sebab tertentu yang menjadikan tiga mata itu tidak dapat dicapai.

“Dan dalam bola sepak juga, perubahan boleh berlaku dalam sekelip mata juga. Jadi adakah tiga mata dalam perlawanan malam ini penting, jawapannya tentu sekali ‘ya’. Tapi adakah ia bermakna kami dilanda krisis jika tiga mata tidak tercapai, jawapannya pasti ‘tidak’,” tegas Howe.

Seperti Newcastle, Brighton juga melangkah ke perlawanan malam ini dengan beberapa tanda tanya.

Setelah bermain dengan cemerlang dan menang besar 4-1 ke atas Luton Town dan Wolverhampton Wanderers dalam dua perlawaan pertama, anak buah Roberto De Zerbi seolah-olah tidak hadirkan diri dalam kekalahan 3-1 di tangan West Ham.

“Ia adalah persembahan yang amat lemah, amat mengecewakan,” kata bekas kapten Aston Villa yang kini pengulas bola sepak, Andy Townsend.

Hakikatnya, Brighton boleh bermain dengan lebih baik lagi, dan mereka tahu mereka telah mengecewakan dalam perlawanan menentang West Ham.

Jadi, saya jangkakan reaksi daripada mereka dalam perlawanan menentang Newcastle, dengan pemain midfield asal Italy, Sandro Tonali, sekali lagi menjadi pengaruh hebat di bahagian midfield.

Namun, para pemain Brighton juga seperti Kaoru Mitoma dan Solly March juga telah menunjukkan persembahan yang baik dalam permulaan musim ini, sekali gus menjanjikan sebuah perlawanan yang amat menarik sekali malam ini.

Ramalan wartawan: Brighton 3 – Newcastle 2.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >