Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata beliau tidak pasti sama ada Ederson akan kekal di kelab itu untuk musim akan datang.
Penjaga gol Brazil itu telah menarik minat kelab-kelab dari Liga Pro Saudi.
Guardiola berkata pada hujung musim lalu beliau masih menganggap Ederson sebagai penjaga gol pilihan pertamanya, walaupun beliau memilih Stefan Ortega untuk perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.
Bercakap selepas kekalahan Man City dalam perlawanan persahabatan dengan Celtic di North Carolina, Guardiola berkata:
“Saya mahu Ederson kekal tetapi ia bergantung kepada kelab lain”.
Tottenham Hotspur semakin hampir mendapatkan khidmat pemain sayap Yang Min-hyuk dari Gangwon FC.
Pemain berusia 18 tahun itu dijangka melengkapkan pemindahan ke Spurs apabila kelab itu mengadakan perlawanan menentang K League XI di Stadium Piala Dunia Seoul, Korea Selatan pada 31 Julai.
Min-hyuk, pemain muda antarabangsa Korea, telah menjaringkan tujuh gol dalam 24 perlawanan senior untuk Gangwon dan menjadi penjaring termuda Liga K sejak 2013 apabila menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada Mac.
Beliau dijangka menjadi pemain bola sepak Korea terbaru menyertai Spurs selepas kapten Son Heung-min dan Lee Young-pyo.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg