Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Edwin Tong: Kejayaan bola sepak negara perlu sokongan rakyat S’pura

Selain kelab dan jurulatih, projek UTR! tidak mampu dilakukan tanpa sokongan ibu bapa, peminat bola sepak
Oct 9, 2024 | 5:53 PM
Antara panelis yang hadir di dialog Sembang Bola Sepak UTR! ialah (dari kiri) kapten pasukan bola sepak wanita negara, Rosnani Azman; Presiden FAS, Encik Bernard Tan; Moderator, Penolong Pengarah Program Money FM 89.3, Encik Zia-ul Raushan; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Menteri Kedua Undang-undang Encik Edwin Tong; Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SportSG, Encik Alan Goh; pemain tengah Hougang United, Shahdan Sulaiman.
Antara panelis yang hadir di dialog Sembang Bola Sepak UTR! ialah (dari kiri) kapten pasukan bola sepak wanita negara, Rosnani Azman; Presiden FAS, Encik Bernard Tan; Moderator, Penolong Pengarah Program Money FM 89.3, Encik Zia-ul Raushan; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Menteri Kedua Undang-undang Encik Edwin Tong; Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SportSG, Encik Alan Goh; pemain tengah Hougang United, Shahdan Sulaiman. - Foto ST

Untuk pastikan kejayaannya sebagai sebuah projek nasional yang mengenal pasti, memupuk dan mengasah bakat baru dalam industri bola sepak tempatan, Unleash The Roar! (UTR!) perlukan sokongan rakyat Singapura, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Menteri Kedua Undang-undang Encik Edwin Tong.

Menekankan demikian semasa dialog Sembang Bola Sepak UTR! kedua pada 8 Oktober di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat, Encik Tong berkata walaupun mereka perlukan asas yang kukuh dalam kelab dan jurulatih, projek itu tidak mampu dilakukan tanpa sokongan baik daripada ibu bapa dan peminat bola sepak.

Beliau menambah, walaupun Singapura mungkin tidak memberi tumpuan kepada sistem belia sebelum ini, UTR! adalah penting dalam kembalikan kegemilangan bola sepak Singapura dengan menjadi garis dasar yang kukuh untuk menyokong pembangunan belia dengan lebih lanjut.

“Apa yang telah kita lakukan dengan UTR! adalah untuk menyusun semula keseluruhan asas bola sepak di Singapura, bermula dengan pembangunan belia untuk mewujudkan laluan bola sepak tersusun untuk lelaki dan perempuan.”

Encik Tong menambah bahawa Liga Belia Singapura (SYL), sebuah pertandingan di bawah projek UTR!, mampu menjadi asas yang kukuh bagi pembangunan belia.

“Kanak-kanak muda kini bermain dengan kerap. Mereka dicabar secara kompetitif, yang mampu ubah pemikiran dan budaya. Kami telah mengumumkan beberapa rancangan yang sangat baik tentang sukan, bukan sahaja untuk bola sepak, seperti Projek Kallang kami,” katanya.

Encik Tong merupakan tetamu terhormat bagi dialog yang turut dibarisi panelis Presiden FAS, Encik Bernard Tan; Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SportSG, Encik Alan Goh; pemain tengah Hougang United, Shahdan Sulaiman; serta kapten pasukan bola sepak wanita negara, Rosnani Azman.

Seramai 200 ahli persatuan bola sepak tempatan, termasuk pegawai, bekas pemain bola sepak kebangsaan dan ibu bapa menghadiri edisi kedua dialog itu. Ia pertama kali diadakan pada 25 Mei 2023, sejurus selepas kempen buruk pasukan Singapura Bawah 22 tahun di Sukan SEA.

Menyentuh mengenai UTR!, Encik Tong berkata dalam ucapannya: “Apa yang UTR harap untuk lakukan adalah menghidupkan semula hubungan cinta Singapura dengan bola sepak. Orang ramai sering bertanya, adakah ini tentang Piala Dunia? Adakah kita akan mencapai 2034? Ini bukan tentang Piala Dunia. Ia lebih daripada itu.

Encik Tong menggariskan beberapa daya usaha di bawah UTR! yang menitik beratkan bakat muda.

Selain dari SYL yang sudah mempunyai 4,000 penyertaan, beliau mengatakan bahawa biasiswa UTR! mampu melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti.

“Kami memastikan untuk meletakkan pemain ini dalam persekitaran di mana kami menjaga kedua-dua keperluan sukan dan juga akademik.

“Kami mempunyai kewajipan ke atas ibu bapa mereka untuk memastikan mereka kembali bukan hanya sebagai seorang pemain bola sepak, tetapi sebagai pemimpin, sebagai pejuang, membawa pengaruh positif kembali ke Singapura,” kata Encik Tong.

Setakat ini seramai 17 pemain muda – lapan lelaki dan sembilan perempuan – yang sedang menjalani latihan luar negara seperti di Amerika Syarikat dan Sepanyol, di bawah program biasiswa UTR!

Antara pemain yang mendapat manfaat dari biasiswa ini ialah Putera Nur Muhammad Irfan, 14 tahun.

Beliau kini berada di Madrid untuk berlatih bersama Rayo Alcobendas dan sedang menuntut di King’s College Soto de Vinuelas.

Ibunya, Cik Maslinda Sabtu, mengatakan bahawa anaknya sedang menunjukkan kemajuan yang baik sebagai seorang pemain dan individu.

“Dia akan menghubungi saya dan menceritakan bagaimana pemain di sana lebih besar darinya dan dia harus bijak melepasi mereka.

“Dia pasti lebih berdikari. Dia tidak bergantung terlalu banyak kepada ibu bapanya dan boleh memasak dan membasuh,” katanya yang juga mempunyai dua lagi anak lelaki, berusia enam dan 10 tahun, yang sedang bermain dalam SYL.

Cik Maslinda Sabtu yang merupakan ibu kepada penerima biasiswa UTR!, Putera Nur Muhammad Irfan, berkata anaknya sedang menunjukkan kemajuan yang baik sebagai seorang pemain dan individu di Madrid.
Cik Maslinda Sabtu yang merupakan ibu kepada penerima biasiswa UTR!, Putera Nur Muhammad Irfan, berkata anaknya sedang menunjukkan kemajuan yang baik sebagai seorang pemain dan individu di Madrid. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ

Peminat bola sepak tempatan juga mengalu-alukan usaha UTR! dalam memajukan bakat bola sepak negara.

Pengasas Swan Army, sebuah kumpulan penyokong Albirex Niigata SG, Encik Amir Hamizan berkata:

“Untuk membangunkan pemain-pemain muda, ia mengambil lebih banyak masa kerana mereka tidak menjadi pemain bola ketika usia 18 tahun.

“Ia bermula dari usia lima, tujuh tahun. Jadi kita harus bersabar dan masa gemilang kami akan kembali.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg