Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Emery akui silap taktik lawan Monaco

Jan 22, 2025 | 2:16 PM
Pemain Monaco, Wilfried Singo menanduk dan menjaringkan gol ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Aston Villa di Stade de Louis II, Monaco.
Pemain Monaco, Wilfried Singo menanduk dan menjaringkan gol ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Aston Villa di Stade de Louis II, Monaco. - Foto REUTERS

MONACO: Pengurus Aston Villa, Unai Emery berkata pasukannya mungkin telah mensia-siakan peluang untuk berada di kelompok lapan teratas Liga Juara-Juara berikutan kekalahan di Monaco pada 21 Januari.

Wilfried Singo, pemain pertahanan Monaco menanduk masuk gol tunggal perlawanan itu dengan Villa yang mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol.

Menduduki tangga lapan teratas dalam fasa pertandingan liga memastikan kelayakan terus ke peringkat kalah mati dan kemenangan untuk Villa di Monaco bermakna mereka sudah berada satu langkah lebih dekat untuk mara ke peringkat seterusnya.

Namun, kekalahan itu bermakna mereka berkemungkinan perlu menewaskan Celtic di padang sendiri pada 30 Januari untuk mengelak daripada terpaksa bermain dua kali di babak kalah mati.

“Apabila kami bermain permainan seperti ini, adalah penting mendapatkan tiga mata kerana saya rasa kami kehilangan peluang untuk berada di kelompok lapan teratas.

“Hari ini adalah kuncinya,” kata Emery.

Selain kekalahan tersebut, Villa telah memenangi tujuh daripada 12 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Selain bersaing di Eropah, Villa juga bersaing untuk menduduki tangga empat teratas Liga Perdana dan kunci kepada prestasi mereka di dalam dan luar negara ialah dua penyerang mereka Ollie Watkins dan Jhon Duran.

Watkins menjaringkan 10 gol dalam semua pertandingan setakat musim ini, manakala Duran telah menjaringkan 12 gol.

Watkins bermula menentang Monaco dengan Duran menyertainya dalam serangan pada minit ke-57 tetapi kededuanya gagal mengancam tuan rumah.

“20 minit terakhir kami bermain dengan dua penyerang dan dengan dua penyerang kedudukan kami tidak seperti yang saya mahukan.

“Kami mempunyai dua penyerang yang bagus. Bermain dengan dua penyerang adalah cabaran saya. Kededuanya adalah pemain yang sangat bagus tetapi hari ini ia tidak berfungsi dengan baik.

“Saya melakukan kesilapan apabila saya memutuskan untuk bermain dengan dua penyerang. Sehingga saat itu kami kurang mengawal permainan,” tambah Emery. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg