Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Slot prihatin bahagian tengah, puji perkembangan Gravenberch di Liverpool

Jan 21, 2025 | 6:24 PM
Pengurus Arne Slot puji perkembangan Ryan Gravenberch (kanan) sebagai pemain tengah yang penting bagi Liverpool.
Pengurus Arne Slot puji perkembangan Ryan Gravenberch (kanan) sebagai pemain tengah yang penting bagi Liverpool. - Foto REUTERS

LIVERPOOL: Liverpool telah menjaringkan lebih banyak gol berbanding pasukan lain dalam Liga Perdana England (EPL) musim ini, namun pengurus Arne Slot menekankan pentingnya pemain tengah dalam strateginya sambil memuji perkembangan pemain tengahnya, Ryan Gravenberch.

The Reds telah menjaringkan 50 gol dalam 21 perlawanan liga, dengan penyerang Mohamed Salah merupakan pemain bintang dengan 21 gol dan 17 rintisan dalam semua pertandingan musim ini.

Bagaimanapun Slot mahu mengukuhkan bahagian tengahnya pada musim panas dan mahu mendapatkan pemain Real Sociedad, Martin Zubimendi.

Walaupun pembelian itu hampir selesai, pemain tengah Sepanyol itu menarik diri pada saat-saat akhir.

Beliau mungkin berfikir dua kali tentang keputusan itu, dengan terdapat laporan meluas beliau hampir bersetuju untuk berpindah ke Arsenal pada akhir musim ini.

Namun Slot tidak terlalu terganggu dengan perkembangan itu, terutamanya dengan evolusi persembahan pemain Belanda, Gravenberch, sebagai pemain utama di bahagian tengah.

Bercakap kepada TNT Sports menjelang pertembungan Liga Juara-Juara Europa (UCL) menentang Lille pada 21 Januari, rancangan mendapatkan Zubimendi kini agak terbuka, lebih-lebih lagi dengan perkembangan yang dipaparkan Gravenberch.

“Beliau seorang pemain yang benar-benar selesa. Beliau boleh membawa bola dari belakang kepada pemain penyerang kami. Ini adalah sesuatu yang istimewa dimiliki Ryan.

“Beliau adalah antara segelintir pemain tengah yang mantap... yang boleh mencipta kelebihan dengan menggelecek.

“Kebanyakan pemain banyak melakukan hantaran tetapi untuk mencipta kelebihan dengan menggelecek, tidak begitu banyak yang dapat dilihat,” kata Slot.

Seperti Gravenberch, pemain tengah lain yang juga dipuji Slot ialah Curtis Jones.

Jones memberitahu TNT Sports Slot berupaya mengenali pemain yang tangkas dengan bola, tahu apa yang boleh dilakukan oleh pemain dan menghargai pemain.

Slot, yang menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool pada musim panas, menekankan pentingnya pemain tengah dalam menyediakan wadah kepada penyerang melakukan serangan.

“Persembahan pemain tengah adalah penting. Satu-satunya perkara yang kami perlu pastikan ialah pemain-pemain ini datang ke posisi dengan banyak menguasai bola,” kata Jones.

“Dengan Macca (Alexis Mac Allister) dan Ryan, kami mempunyai dua pemain yang boleh membawa bola kepada pemain seperti Mo Salah, kepada Cody Gakpo, kepada Darwin Nunez, kepada Diogo Jota,” jelasnya.

Walaupun Liverpool memiliki keupayaan menjaringkan gol menjadi tumpuan dalam EPL, kehebatan pertahanan The Reds di Eropah juga mengagumkan.

Pasukan Slot hanya bolos sekali dalam enam perlawanan – rekod terbaik bersama Inter Milan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg