Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK PERSAHABATAN

Empat gol Harry Kane bantu Tottenham tewaskan Shakhtar 5-1

Aug 07, 2023 | 05:42 PM



Harry Kane berjaya menjaringkan empat gol bagi Tottenham Hotspur yang menewaskan Shakhtar Donetsk 5-1 dalam perlawanan pramusim mereka sebelum Liga Perdana England bermula.

Masa depan Kane kekal menjadi satu isu yang menjadi tanda tanya memandangkan beliau hanya mempunyai lagi satu tahun dalam kontraknya bersama Spurs dan Bayern Munich telah melahirkan hasrat untuk membawanya ke pasukan Jerman itu.

Pemain berusia 30 tahun itu pada Ahad mempamerkan prestasi berbisa cukup bagi mengingatkan pasukan utara London itu tentang bakat yang akan ia bakal hilang sekiranya beliau betul-betul meninggalkan kelab itu.

Namun bagi rakan sepasukan England Kane, Harry Maguire, pemain pertahanan itu terpaksa bertahan dalam lagi satu perlawanan yang kurang memuaskan baginya.

Pemain Manchester United berusia 30 tahun itu menerima ejekan dari peminat Red Devils selepas hantaran bolanya yang cuai memberi peluang kepada jaringan gol pertama Athletic Bilbao di Dublin.

Namun beliau berjaya membetulkan kesilapannya selepas mencipta peluang bagi Facundo Pellistri membantu pasukannya seri 1-1 pada saat terakhir.

Layanan diberi kepada Maguire jauh berbeza dengan sambutan yang diberi kepada Kane di London. Kane diberi tanggungjawab sebagai kapten dalam perlawanan dengan pasukan Ukraine itu oleh pengurus Ange Postecoglou.

Perlawanan itu adalah permainan pertama bagi bos baru itu beraksi di depan penyokong pasukan sendirinya di Stadium Tottenham Hotspur.

Dua perlawanan persahabatan Spurs terdahulu berlangsung semasa lawatan mereka di Asia.

Dengan keputusan perlawanan pada Ahad itu, ia berharap akan mendorong pengurus Australia itu untuk mengekalkan minatnya terhadap Kane yang telah memaparkan prestasi hebat.

Bagi peminat Spurs pula, mereka berharap Kane kekal berjersi putih dan bukan satu pertunjukan hebat sebagai sambutan selamat tinggal baginya.

Kane telah tampil di ketiga-tiga perlawanan persahabatan Spurs pada musim panas ini dan telah bertahan lebih 80 minit dalam perlawanan pada Ahad.

Beliau dikeluarkan selepas gol keempat dengan sorakan ‘kami mahu anda terus berada di sini’ dari peminat yang hadir.

Kane menjaringkan gol pertama dari kotak penalti.

Jaringan hat trick beliau datang dari bola lintang daripada Dejan Kulusevski yang menggugat garisan pertahanan Shakhtar.

Kane mengakhiri sumbangannya kepada Spurs pada Ahad selepas menyepak tendangan dari Manor Solomon dan gol kelima di saat terakhir perlawanan bagi Ukraine itu dijaringkan Dane Scarlett.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >