Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Endrick harapan bola sepak Brazil

Mar 26, 2024 | 03:54 PM



MADRID: Menurut pengurus Brazil, Dorival Junior, Brazil menjangkakan bakat muda mereka, Endrick untuk memainkan peranan penting buat negara dan kelabnya selepas beliau menunjukkan prestasi yang menyerlah dalam perlawanan Brazil menentang England.


Beliau masuk padang pada minit ke-71 dan menjaringkan satu-satunya gol untuk kemenangan 1-0 ke atas England di Wembley pada 24 Mac.

Pemain remaja itu akan menyertai Real Madrid dari Palmeira apabila beliau berusia 18 tahun pada Julai nanti.

Beliau menjadi pemain termuda untuk menjaringkan gol di stadium ikonik itu, membantu Dorival untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan pertamanya sebagai pengurus pasukan lima kali juara dunia, Brazil.

“Endrick akan membawa kegembiraan kepada penyokong Real Madrid, saya tidak ragu tentang perkara itu,” kata Dorival dalam satu sidang media pada 25 Mac.

“Beliau mempunyai masa depan yang cerah dan beliau semakin matang.

“Beliau mempunyai bakat untuk menjaringkan gol dan lakukan gerakan yang pemain lain tidak terfikir untuk lakukan,” tambah Dorival.

Walaupun beliau kongsi bahawa pemain muda itu tidak akan mulakan perlawanan semasa menentang Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid pada 27 Mac, Dorival berkata bahawa penyokong tetap akan berpeluang untuk menyaksikan pemain muda itu menentang Sepanyol.

“Kami harus berhati-hati, dan ambil langkah demi langkah, agar perkembangan beliau dapat berlaku secara semula jadi, tanpa beban jangkaan yang terlalu berat bagi seorang pemuda yang baru mulakan kerjayanya,” kata Dorival.

“Langkah seterusnya amat penting baginya dan kami harus menjaga pemain seistimewa beliau. Beliau mempunyai masa depan yang cerah,” tambah Dorival.

Dorival juga berbincang tentang isu perkauman yang dihadapi oleh pemainnya, Vinicius Jr, di Sepanyol selama dua musim, dan berkata bahawa pengalaman beliau mendatangkan impak yang besar dalam pasukan Brazil.

Pemain sayap Real Madrid itu menangis semasa sidang media pada 25 Mac, dan beliau berkata bahawa ia sukar untuk beliau kekalkan motivasi diri dan bermain bola sepak dengan senang hati akibat isu perkauman yang sering kali dilempar terhadapnya.

“Apa yang sedang berlaku menjijikkan,” kata Dorival.

“Ia satu hakikat bahawa perkara sebegini berlaku setiap hari di negara kita juga, dan kami memerlukan usaha kolektif daripada semua orang. Kami memerlukan Pejabat Pendakwa Raya untuk bertindak demi mengatasi masalah ini.

“Manusia harus saling menghormati dan situasi sebegini yang terjadi dalam bola sepak tidak boleh diterima,” tambah beliau. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >