Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mata liga dipotong: Forest kemuka rayuan

Mar 26, 2024 | 12:38 PM



LONDON: Kelab Liga Perdana England (EPL) Nottingham Forest telah membuat rayuan terhadap denda potongan mata yang dikenakan ke atasnya pada 18 Mac oleh suruhanjaya bebas kerana melanggar peraturan kewangan EPL.


Kenyataan ringkas susulan di laman rasmi kelab pada 25 Mac menjelaskan: “Nottingham Forest boleh mengesahkan bahawa ia... telah mengemukakan rayuan terhadap potongan empat mata yang dikenakan oleh suruhanjaya berhubung pelanggaran kelab ini terhadap Peraturan Keuntungan dan Kemampanan (PSR) Liga Perdana.

“Kelab ini tidak akan membuat sebarang kenyataan lanjut buat masa ini.”

Suruhanjaya bebas tersebut mendapati Nottingham Forest menanggung kerugian 34.5 juta pound ($58.7 juta) melebihi had bagi musim EPL 2022/23 – peraturan kewangan EPL menjelaskan had kerugian adalah 61 juta pound.

Sebagai respons kepada potongan mata itu pada 18 Mac, kelab itu menyatakan ia “amat kecewa” dengan keputusan itu dan “kecewa dengan nada” hujah Liga Perdana.

“Kami percaya tahap kerjasama yang tinggi yang ditunjukkan kelab semasa proses ini, dan yang disahkan serta terakam dalam keputusan suruhanjaya itu, tidak dibalas oleh Liga Perdana,” kata kelab itu dalam satu kenyataan sebelum ini.

Dengan potongan empat mata, ini bermakna Forest jatuh ke zon penyingkiran di tangga ke-18 – satu mata di belakang Luton Town dan empat mata di belakang Everton.

Kelab EPL biasanya dibenarkan kerugian maksimum 105 juta pound dalam tempoh penilaian sepanjang tiga tahun tetapi jumlah ini dikurangkan kepada 22 juta pound setiap musim bagi mana-mana musim kelab yang berada dalam liga Championship, iaitu liga peringkat kedua selepas EPL.

Forest dipromosikan semula ke Liga Perdana pada Mei 2022 selepas penantian 23 tahun, yang bermakna dua musim dalam tempoh penilaian tiga tahun pasukan itu adalah sebagai kelab liga Championship.

Forest adalah pasukan kedua dalam EPL yang dikenakan denda kerana pelanggaran PSR selepas Everton dipotong 10 mata pada November 2023, yang kemudian dikurangkan kepada enam mata selepas proses rayuan.

Suruhanjaya yang mengenakan denda sedemikian terhadap Forest menyatakan pelanggaran kelab itu adalah “serius”.

“Potongan empat mata bukan semata-mata bagi menghukum Forest – sebagai berlaku adil kepada kelab lain; ia untuk memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa apabila kelab membuat pelaburan seperti yang dilakukan Forest untuk bersaing dalam Liga Perdana, ia masih perlu mematuhi ambang PSR sekiranya rugi,” kata suruhanjaya itu.

Hujah pembelaan Forest tertumpu pada penjualan Brennan Johnson kepada Tottenham pada 1 September 2023, tetapi ini berlaku selepas tarikh akhir PSR pada 30 Jun.

Dengan aduan kedua terhadap Everton masih diproses dan kini rayuan oleh Forest, penyingkiran daripada EPL musim ini mungkin akan diputuskan di mahkamah beberapa hari selepas perlawanan terakhir musim melabuhkan tirainya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >