Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

England ketepikan jangkaan tentang Afrika Selatan

Oct 17, 2023 | 12:34 PM



PARIS: Pada Isnin pagi, hampir 12 jam selepas kemenangan suku akhir Piala Dunia mereka menentang Fiji, bibir Marcus Smith masih lebam akibat pukulan yang diterimanya.


Jurulatih England telah mengadakan mesyuarat untuk merancang perlawanan mereka menentang Afrika Selatan, dengan hanya segelintir yang percaya bahawa mereka mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan itu.

Mereka mengadakan satu lagi mesyuarat lewat Isnin, dan walaupun Ketua Jurulatih Pasukan Nasional Ragbi England, Steve Borthwick, telah mengatur rancangan bagi kededua pasukan lawan, beliau boleh mengetepikan persiapannya untuk perlawanan menentang Perancis.

Seterusnya di Paris pada 22 Oktober ialah Afrika Selatan – pasukan yang menewaskan England pada perlawanan peringkat akhir 2019, yang baru sahaja menyingkir tuan rumah Piala Dunia, Perancis, telah meletakkan diri mereka ke kedudukan teratas hasil kemenangan itu.

Afrika Selatan juga merupakan pasukan yang mencetuskan perubahan aturan di Kesatuan Pasukan Ragbi – kekalahan di Twickenham pada November lalu adalah hari terakhir Eddie Jones bertugas sebagai jurulatih England – dan pasukan itu kelihatan pasti mahu mempertahankan piala mereka.

Ia bukan sesuatu yang luar biasa pada peringkat kejohanan ini bagi sebuah pasukan untuk menjadi pilihan untuk menang, tetapi kali ini England kelihatan wajar untuk mendapat gelaran ‘underdog’ (bukan pilihan).

“Saya tidak peduli apa yang orang fikirkan tentang kami,” kata Borthwick semasa ditanya berhubung isu tersebut.

Namun, terdapat perbezaan antara bukan menjadi pilihan untuk menang dengan dianggap tidak mempunyai peluang untuk menang.

Para pemainnya pula kelihatan lebih bermotivasi apabila mereka menghadapi cabaran.

“Apabila tidak ada siapa yang memberi anda peluang, anda mempunyai peluang untuk bangkit dan mengambil peluang tersebut,” kata pemain England, Jamie George.

“Ia hebat. Kami benar-benar tidak mengendahkannya sama sekali,” tambah beliau.

Malah, ada yang telah pun menandakan England untuk perlawanan bagi pingat gangsa.

Ini merupakan situasi yang serupa dengan empat tahun lalu: New Zealand merupakan pasukan yang digemari dalam peringkat separuh akhir tetapi England menghasilkan prestasi terbaik mereka di bawah bimbingan Jones.

Jones juga mendakwa bahawa sesi latihan pemainnya diintip, dan membidas wartawan New Zealand sebagai “penyokong New Zealand dengan mesin taip”.

Jangan harap Borthwick akan melakukan perkara yang serupa, tetapi beliau akan mendengar pendapat skuad utama yang terlibat empat tahun lalu.

Lapan pemain daripada pasukan yang memulakan peringkat separuh akhir empat tahun lalu turut diturunkan semasa menentang Fiji pada 15 Oktober.

Jelas bahawa kepercayaan yang dipupuk oleh Jones pada waktu itu dan keazaman untuk bertarung menentang pasukan lawan adalah dua mutu yang amat diperlukan pasukan itu apabila menentang Afrika Selatan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >