Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ragbi Dunia perkenal teknologi pelindung mulut bijak bagi tangani kecederaan kepala

Oct 16, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Ragbi Dunia telah memperkenalkan teknologi pelindung mulut bijak sebagai sebahagian daripada Penilaian Kecederaan Kepala (HIA), yang diumum pada Isnin.


Teknologi terkini itu memberikan isyarat kepada doktor di tepi ruang pertandingan jika pemain menghadapi daya pecutan yang tinggi atau G-Force sehingga boleh menyebabkan kecederaan.

Ia akan mula digunakan dalam pertandingan wanita, WXV pada Oktober.

Data daripada pelindung mulut teknologi canggih boleh membantu kesatuan ragbi di semua peringkat, kata ketua pegawai perubatan Ragbi Dunia, Dr Eanna Falvey.

Pada Isnin lalu, badan pentadbir sukan tersebut mengesahkan ia akan mula menggunakan pelindung mulut bijak – yang dapat memantau vektor pecutan atau G-Force bagi setiap impak kepala dalam masa sebenar – bagi memperbaiki keselamatan pemain dalam perlawanan elit.

Ini bermakna apabila seorang pemain lelaki mengalami impak melebihi 70 gram dan 4,000 radian bagi setiap saat persegi, beliau akan dikeluarkan daripada padang secara automatik dan kecederaan kepalanya akan dinilai.

Bagi wanita, yang akan memanfaatkan teknologi baru itu terlebih dahulu, tahap impaknya adalah 55 gram dan 4,000 radian bagi setiap saat persegi.

Namun Dr Falvey meramalkan teknologi bernilai £250 ($418) itu, yang menggunakan teknologi Bluetooth untuk memberi isyarat kepada doktor apabila impak melebihi tahapnya, akan akhirnya digunakan juga dalam ragbi junior dan acara masyarakat demi keselamatan dalam sukan tersebut.

Ini merupakan pertimbangan yang perlu diberi memandangkan jumlah kanak-kanak yang menyertai sukan ini dikatakan telah merosot dengan mendadak, memandangkan ibu bapa bimbang tentang risiko potensi kecederaan otak.

“Kami tahu daripada kajian yang dibuat ke atas para pemain peringkat masyarakat di Otago (New Zealand) bahawa impaknya lebih kecil, dan jauh berkurangan dalam perlawanan usia bawah 13 tahun dan 15 tahun serta bawah 18 tahun.

“Namun kami ingin berada dalam senario di mana kami dapat mencapai tahap sebenarnya dan teknologi tersebut dapat dimanfaatkan bagi perlawanan melibatkan masyarakat juga,” kata Dr Falvey.

Dr Falvey menambah, keputusan Ragbi Dunia untuk menetapkan set piawai minimum bagi perlindungan mulut bijak akan dapat meningkatkan persaingan untuk menurunkan harganya.

“Kami akan menjadikannya lebih dimampui. Kami akan pastikan agar ia dapat dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat pada masa akan datang,” tambahnya.

Sementara itu dalam perlawanan elit, Ragbi Dunia merancang menggunakan pelindung mulut itu bagi mengkaji dengan lebih baik apa yang digelar sebagai “bahan beban kronik”.


Data awal menunjukkan bahawa sekitar 35 peratus kejadian melibatkan pelanggaran kepala berlaku pada hari berlangsungnya latihan, sementara bakinya berlaku pada hari perlawanan.

Harapannya kini adalah dengan menyemak kuasa yang dihadapi pemain sepanjang musim dan kerjayanya, ini akan dapat menghala ke arah perubahan yang dapat menjadikan permainan tersebut lebih selamat.

“Kami bertemu dengan sekumpulan pakar di Boston pada Jun, dan kesemua lapan penceramah berkata bahawa usaha mengurangkan acara yang menyebabkan perlanggaran kepala merupakan bidang yang perlu diberi tumpuan,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >