Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU - ENGLAND LWN PERANCIS

England-Perancis sama hebat, terlalu sukar ramal pemenang

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN bek-kanan England, Kyle Walker, memberi amaran bahawa perlawanan suku-akhir malam ini (3 pagi esok waktu Singapura) bukanlah antara England dan Kylan Mbappe.



"Ia akan membawa padah sekiranya kami melihat Perancis menerusi lensa satu individu - Kylan Mbappe.



"Iya, Mbappe adalah pemain hebat, mungkin paling hebat di dunia sekarang. Namun, Perancis mempunyai ramai pemain hebat," tegasnya.



Kenyataan Walker, 32 tahun,tidak dapat dinafikan kebenarannya.



Dalam Piala Dunia Qatar ini, pemain Le Blues seperti Olivier Giroud, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele telah mempamerkan kehebatan mereka.



Namun, hakikatnya, sedang bola sepak merupakan sebuah sukan berpasukan, sering kali terdapat seorang individu yang berupaya menjadi perbezaan antara kejayaan dan kegagalan.



"Dan dalam pasukan Perancis, individu yang menyerlah, yang boleh menjadi perbezaan antara menang dan kalah itu ialah Mbappe," ujar bekas pemain pertahanan England, Rio Ferdinand.



"Bagi saya, kalau England berjaya mengurangkan pengaruh Mbappe dalam pasukan Perancis, separuh pertarungan sudah dimenangi," tambah beliau, yang menyarung jersi Three Lions itu sebanyak 81 kali dalam, termasuk dalam tiga Piala Dunia.



Menjelang perlawanan suku-akhir malam ini, kem England sedang dikelilingi suasana positif dengan pemain seperti bek-tengah, Harry Maguire, mengatakan bahawa beliau dan rakan sepasukannya kini sudah mula mengimpikan kemungkinan menjulang Piala Dunia.



Ini setelah pasukan England ini muncul sebagai penjaring terbanyak dengan 12 gol yang dijaringkan anak buah Gareth Southgate itu mengatasi jumlah gol keseluruhan yang dijaringkan England dalam tiga Piala Dunia lalu.



Sedang beliau berbangga dengan tahap permainan pasukannya, Southgate berkata mereka tidak boleh terlalu yakin atau menggunakan persembahan dalam peringkat kumpulan dan pusingan kedua sebagai sandaran.



"Ini adalah Piala Dunia. Setiap pasukan mahu meningkatkan persembahan mereka. Jadi, sedang form kami penting, ia tidak bermakna kami akan terus menerus bermain di tahap tersebut sekiranya pemain kurang fokus, kurang bekerja keras di padang.



"Dalam perlawanan menentang Perancis, kami harus memberikan segala-galanya. Tugas utama ialah untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Itu harus menjadi tumpuan pasukan," tegasnya.



Rakan sejawatan Southgate, pengurus Perancis, Didier Deschamps, pula menekankan pasukannya boleh dianggap underdog dalam perlawanan malam ini.



Bekas pemenang Piala Dunia 1998 itu menyifatkan England sebagai antara pasukan terhandal dunia.



"Pemain yang mewakili England bermain pada tahap tertinggi setiap minggu di Liga Perdana England, yang dipenuhi bintang-bintang dunia.



"Jadi mereka mempunyai kelebihan dari sudut pengalaman, intensiti dan tahap permainan tinggi. Kami harus menyaingi mereka dalam aspek tersebut dan kemudian memberi peluang kepada keupayaan individu pasukan untuk mencipta kemenangan," ujarnya.



Deschamps menerima pujian meluas daripada rakyat Perancis kerana berjaya membentuk skuad yang mantap dengan persembahan mereka di Qatar meskipun dihantui pelbagai masalah kecederaan sebelum dan semasa di Qatar sekali gus 'merompak' Perancis daripada beberapa pemain utama mereka.



"Semua pujian harus diberikan kepada pasukan. Mereka memberikan segalanya dalam setiap perlawanan. Bermain pada tahap keupayaan dan keyakinan tinggi, membanggakan para penyokong Perancis.



"Kini, mereka harus membuktikannya sekali lagi. Dalam perlawanan yang amat sukar, menentang pasukan pilihan Piala Dunia kali ini. Tapi saya tahu mereka sudah bersedia," ujarnya.



Mengulas mengenai ramalannya bagi perlawanan malam ini, Ferdinand berkata beliau secara semula jadi menyokong England.



"Namun, sebagai pengulas dan pengamat, hakikatnya kededua pasukan itu setanding dalam setiap bahagian.



"Memang terlalu sukar untuk membezakan mereka. Terlalu sukar untuk memberikan ramalan yang realistik," ujarnya. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >