Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

England siap bersaing dalam Kejohanan Eropah, jaya tumpas Romania

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



LONDON: England melengkapkan persiapan bagi Kejohanan Eropah (Euro) dengan menewaskan Romania dalam perlawanan persahabatan di Stadium Riverside.



Pengurus Gareth Southgate, sekali lagi memilih barisan sebelas pemain yang dibentuk pemain bukan pilihan utama, termasuk tiga pemain - Ben Godfrey, Ben White dan James Ward-Prowse - yang tidak dinamakan dalam skuad 26 pemain bagi Euro 2020.



Perbuatan pemain England untuk berlutut bagi menyokong usaha menentang perkauman dalam bola sepak menerima reaksi berbeza-beza daripada penyokong, dengan Southgate tegas mahukan pemainnya berbuat demikian.



Meskipun beraksi dengan pasukan yang tidak dianggotai pemain utama, pemain barisan depan Dominic Calvert-Lewin dan Jadon Sancho mengancam semasa menyerang, dan masing-masing membuat percubaan yang mengena palang gol.



Namun gol tunggal permainan tidak muncul sehingga minit ke-68, apabila Marcus Rashford menjaringkan gol penalti selepas Jack Grealish dikasari Tiberiu Caspusa.



Gol itu melengkapkan perlawanan mercu tanda bagi Rashford, yang diberikan penghormatan memimipin pasukan sebagai kapten, menjadikannya pemain kulit hitam paling muda untuk memimpin England, pada usia 23 tahun dan 218 hari.



Penjaga gawang West Bromwich Albion Sam Johnstone pula beraksi buat kali pertama bagi England, dan menunjukkan prestasi cemerlang, termasuk aksi akrobatik untuk menyelamatkan percubaan Andre Ivan.



Persiapan England menjelang perlawanan pertama hujung minggu ini juga berakhir dengan positif, selepas kapten Liverpool Jordan Henderson muncul di separuh masa kedua untuk beraksi bagi kali pertama sejak 20 Februari.



Namun kegagalan Henderson menyempurnakan penalti yang diambil pada saat-saat terakhir mencemari penampilannya di padang bola buat kali pertama dalam beberapa bulan itu.



Ada juga pemerhati yang berkata perbuatannya untuk meminta bola daripada Calvert-Lewin untuk mengambil penalti sebagai perkara yang boleh merosakkan perpaduan dalam skuad.



Dalam pada itu, Grealish terus memahat namanya dalam kesebelasan utama Southgate yang akan menentang Croatia di Wembley nanti, dengan kelincahannya di tengah padang dan kebijaksanaannya mencari ruang.



Beliau berulang-kali menembusi benteng lawan dan pada minit ke-68, berbuat demikian sehingga beliau dikasari dan memenangi penalti bagi England.



Penalti itu memberi kemenangan kepada England dan menentukan England memenangi kededua perlawanan persahabatan di Riverside, selepas ia menewaskan Austria minggu lalu.



Di Euros nanti, Southgate boleh memilih semula pemain bertaraf bintang seperti kapten Harry Kane dalam pasukannya, tetapi Grealish dan pemain-pemain lain yang berada di pinggir pasukan utama telah memberinya pilihan yang lebih luas.



Southgate kini perlu memutuskan sama ada Grealish akan memberikan impak optimum jika memulakan perlawanan atau menyertainya dari bangku simpanan, dengan pemain lain seperti Phil Foden dari Manchester City dan Mason Mount dari Chelsea turut bersaing bagi tempat di tengah-tengah midfield. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >