Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Arsenal tewas 1-0 kepada Chelsea

Jan 25, 2016 | 08:00 AM



LONDON: Arsenal terlepas peluang kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam banyak masa sepanjang perlawanan menentang pesaing London Chelsea, Ahad (24 Jan) lalu.


Pemain pertahanan Jerman Arsenal, Per Mertesacker, dibuang padang selepas 18 minit kerana menafikan peluang menjaringkan gol kepada Diego Costa, yang menyumbatkan gol tunggal lima minit kemudian daripada sepakan silang oleh Branislav Ivanovic.


Kemenangan Chelsea mengekalkan rekod tanpa kalah juara bertahan itu di bawah pengurus Belanda, Guus Hiddink, yang mengambil alih sebagai pengurus sementara bulan lepas berikutan pemecatan Jose Mourinho.


Chelsea kekal menghantui Arsenal, yang tidak pernah menewaskan mereka dalam sembilan perlawanan liga lalu, serta gagal menjaringkan gol terhadap mereka dalam enam perlawanan terakhir.


Pasukan Arsene Wenger kini di tempat ketiga, berkongsi mata dengan Manchester City, yang menduduki tempat kedua kerana kelebihan gol.


Ia berada tiga mata di belakang pendahulu Leicester City, yang menewaskan Stoke City 3-0 Sabtu lalu.


Chelsea naik ke tempat ke-13. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >