Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL catatkan 94 kes Covid-19 minggu lalu

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Liga Perdana England (EPL) kelmarin berkata seramai 94 pemain dan kakitangan kelab telah dijangkiti Covid-19 sepanjang minggu lalu.

Ia merupakan kali pertama kes positif minggu ke minggu merosot dalam jangka masa lapan minggu.

"Kami boleh mengesahkan bahawa antara Isnin, 27 Disember 2021 dan Ahad, 2 Januari 2022, sebanyak 14,250 ujian Covid-19 telah dilakukan ke atas pemain dan kakitangan kelab.

"Dari jumlah itu, sebanyak 94 merupakan kes positif baru (0.65 peratus)," kata liga itu dalam satu kenyataan.

Angka itu telah meningkat secara berterusan sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan 90 ujian positif antara 13 Disember dan 19 Disember dan rekod 103 kes dari 20 hingga 26 Disember.

Lapan belas perlawanan telah ditangguhkan sejak bulan lalu akibat wabak Covid-19 dan kecederaan yang berlaku di beberapa kelab, sehingga menyebabkan kebanyakan kelab itu sering terpaksa menurunkan barisan pemain yang lemah.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp serta pemain skuad utama, Alisson Becker, Roberto Firmino dan Joel Matip, terpaksa terlepas beraksi ketika mereka seri 2-2 dengan Chelsea pada Ahad lalu selepas diuji positif.

Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte memberitahu wartawan bahawa pasukannya sedang "memantau" beberapa kemungkinan kes baru Covid-19 di kelab itu tetapi enggan menamakan pemain atau kakitangannya.

"Kami sedang memantau beberapa situasi, kita akan lihat. Kami tidak melakukan perkara ini (namakan mereka) pada masa lalu dan kami akan meneruskan dengan cara yang sama.

"Kami tidak 100 peratus pasti sama ada mereka akan terlepas perlawanan," kata Conte menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga menentang Chelsea minggu ini. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >