Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Chelsea kalahkan Arsenal 3-2

Aug 19, 2018 | 11:21 AM



LONDON:   Chelsea mengalahkan Arsenal 3-2 dalam derby London Liga Perdana   pada  Sabtu (18 Ogos) dengan pemain pertahanan Marcos Alonso menjaringkan gol kemenangan pada minit  ke-81  selepas Gunners bangkit daripada  ketinggalan  awal 2-0.



Chelsea kini telah memenangi kedua-dua perlawanan di bawah pengurus baru Maurizio Sarri manakala Arsenal mengalami dua kekalahan berturut-turut   di bawah pengganti Arsene Wenger, Unai Emery.



Tetapi sembarang  keputusan boleh terjadi   dalam permainan  yang dicirikan  oleh pertahanan lemah    dan peluang disia-siakan itu,  dengan Arsenal terutamanya banyak melakukan dua kesilapan tersebut   pada   babak pertama.



Chelsea mara  ke depan pada minit kesembilan apabila  Pedro memanfaatkan hantaran  Alonso. Penyerang  kehilangan form Alvaro Morata  menjaringkan gol kedua Chelsea daripada bola hantaran  Cesar Azpilicueta 11 minit kemudian.



Arsenal bangkit  merapatkan jurang     pada minit ke-37 melalui  Henrikh Mkhitaryan, yang menewaskan penjaga gol termahal di dunia,   Kepa  Arrizabalaga, melalui rembatan rendah.



Alex Iwobi menyamakan kedudukan  kedudukan  2-2 empat minit kemudian.



Namun,   Arsenal mensia-siakan      enam peluang lain sebelum rihat.



Dalam separuh kedua   kedua-dua pasukan tidak dapat mencipta banyak peluang tetapi Alonso memberi kemenangan kepada Chelsea  selepas  Eden Hazard membuka barisan  pertahanan Arsenal untuk Alonso menjaringkan gol. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >