EPL: Everton, Leeds Utd bersaing sengit kongsi mata

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Everton, Leeds Utd bersaing sengit kongsi mata

Pemindahan padang Everton ke kubu baru di Stadium Hill Dickinson tampil mencabar
Jan 27, 2026 | 1:42 PM

EPL: Everton, Leeds Utd bersaing sengit kongsi mata

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
bola sepak, Liga Perdana England (EPL), penyerang Everton, Thierno Barry, jaringkan gol penyamaan, kutip satu mata, seri 1-1 menentang Leeds United, Stadium Hill Dickinson, 26 Januari
Penyerang Everton, Thierno Barry (kanan), sekali lagi muncul sebagai wira apabila menjaringkan gol penyamaan untuk mengutip satu mata dalam keputusan seri 1-1 menentang Leeds United di Stadium Hill Dickinson pada 26 Januari. - Foto AFP

ENGLAND: Thierno Barry sekali lagi muncul sebagai wira Everton apabila menjaringkan gol penyamaan untuk mengutip satu mata menentang Leeds United di Stadium Hill Dickinson pada 26 Januari.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan di kubu Everton menerusi gol James Justin pada babak pertama, sekali gus mengecewakan penyokong tuan rumah.

Gerakan lincah serta kombinasi permainan yang lancar oleh anak didik Daniel Farke membolehkan Leeds meraih kelebihan yang setimpal dengan rentak permainan mereka yang memberangsangkan.

Pengurus Everton, David Moyes, kemudian membawa masuk beberapa pemain gantian, termasuk Kiernan Dewsbury-Hall yang baru pulih daripada kecederaan. Hasilnya, anak didik Moyes menemui rentak permainan pada babak kedua.

Barry sering mengancam benteng Leeds sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-76. Beliau menunjukkan ketajamannya apabila melepaskan percubaan yang menembusi sudut gawang, hasil menerima hantaran lintang daripada Idrissa Gueye.

Itu merupakan gol keempat Barry dalam lima perlawanan Liga Perdana England (EPL) setakat ini.

Awalnya, Leeds menguasai babak pertama perlawanan dan berjaya memperoleh pendahuluan pada minit ke-28 hasil gol oleh Justin di sudut gawang.

Penyerang Leeds, Dominic Calvert-Lewin, hampir menghukum bekas kelabnya apabila berpeluang menggandakan kedudukan pasukannya. Namun beliau tersasar dari jarak dekat apabila percubaannya sekadar menggegar tiang gawang.

Moyes pula terpaksa bertindak demi menentang lawannya. Lantas, beliau mengukuhkan benteng dengan membawa masuk bek tengah, Jarrad Branthwaite, buat kali pertama setelah pulih daripada kecederaan hamstring, dan pemain tengah, Dewsbury-Hall.

Everton akhirnya menemui rentak permainan dan mula menguji penjaga gawang Leeds, Karl Darlow, dengan beberapa percubaan bahaya.

Barry tidak berputus asa mengasak pertahanan Leeds sehingga berjaya menembusi gawang Darlow untuk menyamakan kedudukan.

Everton kemudian bergegas memburu kemenangan pada lewat perlawanan, dengan percubaan Gueye dalam saat-saat terakhir menemui palang gol.

Leeds pula terpaksa bersaing untuk mempertahankan satu mata yang sememangnya layak diraih.

Sementara itu, pemindahan padang Everton dari stadium bersejarah Goodison Park ke kubu yang baru di Stadium Hill Dickinson tampil mencabar, selepas menghasilkan satu lagi persembahan yang kurang memberangsangkan.

Dengan keputusan seri itu, Everton mencatatkan empat kemenangan, empat kekalahan dan empat keputusan seri di kubu baru Stadium Hill Dickinson.

Keputusan seri terbaru itu nyata mengecewakan, memandangkan pasukan Moyes gagal memanfaatkan satu lagi peluang untuk memperkukuh kedudukan dalam usaha beraksi di Liga Eropah pada musim depan.

Pengurus Leeds, Daniel Farke, turut berkongsi kekecewaannya kerana gagal mempertahankan kelebihan mereka pada lewat perlawanan.

Namun begitu, persembahan ini membuktikan peningkatan Leeds di bawah bimbingan Farke, memandangkan mereka berada enam mata daripada bahaya terjerumus ke liga bawahan.

Kini Leeds perlu bersiap sedia bagi ujian seterusnya apabila mereka menerima kunjungan pendahulu EPL, Arsenal, yang kian hilang rentak, pada 31 Januari.

Everton pula akan bertandang ke Stadium American Express untuk menentang Brighton pada 31 Januari. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg