Carrick ingin Man Utd teruskan momentum kemenangan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Carrick ingin Man Utd teruskan momentum kemenangan

Pasukan itu akhiri penantian sejak 2017 untuk catat kemenangan 3-2 ke atas Arsenal di Stadium Emirates
Jan 26, 2026 | 2:42 PM

Carrick ingin Man Utd teruskan momentum kemenangan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Carrick, Manchester United, Arsenal
Pengurus sementara Manchester United, Michael Carrick, mempunyai permulaan baik selepas memenangi dua perlawanan penting ke atas Manchester City dan Arsenal. - Foto REUTERS

LONDON: Pengurus sementara Manchester United, Michael Carrick, meneruskan permulaan yang baik selepas memegang jawatan itu kira-kira dua minggu, selepas mencatat kemenangan ke atas Arsenal pada 26 Januari, sambil menegaskan pasukannya perlu meneruskan rasa keyakinan yang tinggi.

Bekas pemain tengah United itu menyahut panggilan pengurusan kelab tersebut susulan pemecatan Ruben Amorim pada awal Januari, dengan dua perlawanan di bawah kendaliannya menyaksikan United menewaskan Manchester City 2-0 sebelum mencatat kemenangan mendebarkan 3-2 ke atas pendahulu Liga Perdana England (EPL), Arsenal.

“Kami perlu memanfaatkan momentum ini dan menggunakan emosi, tenaga serta keyakinan yang ada,” kata Carrick yang menyaksikan pasukannya melonjak ke tangga keempat EPL.

“Kami juga perlu rendah diri untuk memahami bagaimana kami mampu mencapai dua keputusan besar ini.

“Ia tidak datang dengan mudah, jadi kami perlu meneruskannya, menyimpan perasaan itu dan menggunakannya semula.”

United terpaksa berhempas-pulas pada perlawanan tersebut apabila Arsenal menguasai 30 minit awal perlawanan dan mendahului menerusi gol sendiri Lisandro Martinez.

Namun, kesilapan lawan menghadiahkan gol penyamaan kepada Bryan Mbeumo, sebelum jaringan menakjubkan Patrick Dorgu dan Matheus Cunha pada separuh masa kedua memastikan kemenangan liga pertama United di gelanggang Arsenal sejak 2017.

“Gol-gol itu sangat bermutu dan sebahagian permainan kami juga baik, dengan pasukan kelihatan berbahaya pada beberapa tempoh tertentu,” kata Carrick yang pernah memenangi beberapa gelaran liga bersama United.

“Ada masa yang kami terpaksa bertahan, tetapi secara keseluruhan ia satu persembahan yang mempunyai segala-galanya.”

Carrick juga pernah mencatat rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan ketika bertugas sebagai pengurus sementara pada 2021, termasuk kemenangan 3-2 ke atas Arsenal, sebelum menyerahkan tugas kepada Ralf Rangnick.

Dengan Carrick kini dilantik sehingga akhir musim, beliau berpeluang mengukuhkan pencalonannya untuk jawatan tersebut secara tetap, dengan reputasinya meningkat dengan pantas.

“Apa yang akan berlaku seterusnya, saya tidak akan menjawabnya setiap minggu,” kata Carrick, 44 tahun, apabila ditanya mengenai cita-citanya.

“Saya menikmatinya dan akan terus melakukan yang terbaik. Dari sudut kami, tumpuan hanyalah pada perlawanan seterusnya.

“Baru kurang dua minggu kami bersama, jadi yang penting ialah membina tabiat dan rutin yang baik. Pemain sedang melakukannya dengan sangat baik dalam hal itu.

“Namun, saya rasa kami tidak boleh melihat terlalu jauh ke hadapan. Kedudukan kami di akhir musim akan ditentukan hasil daripada keputusan yang kami peroleh.” – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg