Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: West Ham kalahkan Wartford 3-1

Apr 21, 2016 | 7:41 AM
Andy Carroll menjaringkan gol pertama West Ham, yang menewaskan Watford 3-1 di Upton Park pada Rabu (20 Apr).
Andy Carroll menjaringkan gol pertama West Ham, yang menewaskan Watford 3-1 di Upton Park pada Rabu (20 Apr). - REUTERS

LONDON: West Ham menewaskan Watford 3-1 dalam perlawanan dramatik di Upton Park pada Rabu (20 Apr) untuk mengekalkan usaha mereka menyertai Liga Juara-Juara.

Andy Carroll menjaringkan gol keenamnya dalam enam perlawanan, dan Mark Noble menambah dua melalui penalti untuk meletak tuan rumah di depan dengan 3-0.

Sepakan penalti pertama diberi selepas José Holebas menjatuhkan Diafra Sakho, sementara Almen Abdi menumbangkan Michail Antonio, membawa kepada penalti kedua selepas rehat.

Sebastian Prödl menjaringkan gol untuk Watford, yang juga memperoleh penalti pada lewat perlawanan tetapi tendangan Troy Deeney diselamatkan.

Pada minit terakhir masa kecederaan, pemain sayap Watford, Nordin Amrabat, dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua.

West Ham kini kekal ditangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL), tiga mata di belakang pasukan tempat kelima, Manchester United.

Watford kekal di tangga ke-12 dan kini akan memberi tumpuan pada separuh akhir Piala FA menentang Palace di Wembley Ahad ini. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg