Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Era Brighton di Eropah bermula dalam musim bersejarah

May 26, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Brighton & Hove Albion sedang melalui tempoh istimewa dalam sejarahnya.


Menyusuli perlawanan Liga Perdana England (EPL) dengan Manchester City pada Rabu - yang berakhir 1-1 - Brighton menjamin tempat dalam Liga Europa pada musim depan dan sekali gus memahat namanya dalam sejarah.

Buat julung-julung kali dalam sejarah kelab itu selama 122 tahun, ia telah melayakkan diri ke pertandingan di Eropah, satu pencapaian yang menarik perhatian, terutama bagi kelab yang beraksi dalam Liga Satu - divisyen ketiga bola sepak di England - hanya 12 tahun lalu.


Bercakap kepada Sky Sports, penjaga gawang Brighton, Jason Steele berkata:







“Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan. Siapa sangka kami boleh meraihnya. Ini semua berlaku kerana perpaduan dalam kelab, hubungan antara pemain dan budaya di sini. Kami juga dipimpin pengurus yang teramat hebat.”

Brighton telah memulakan musim dengan baik, menewaskan Manchester United 2-1.

Menyusuli itu, mereka mendaki liga sehingga ke tangga keempat selepas hanya enam perlawanan.

Momentum yang dibina itu juga tidak terlalu diganggu apabila Brighton kehilangan Graham Potter, yang berpindah ke Chelsea bersama penolong pengurus Billy Reid, dan beberapa anggota pasukan jurulatih yang lain. 

Malah, ia menjadi pemangkin bagi kelab itu untuk terus berjaya, terutama selepas bekas pengurus Shakhtar Donetsk Roberto de Zerbi mengambil alih jawatan di Brighton.

Bekas pemain United, Danny Welbeck, yang kini antara pemain utama Brighton, berkata tempoh peralihan itu sukar, tetapi Brighton telah berjaya menunjukkan prestasi di luar dugaan.

“Meraih tempat di Liga Europa satu pencapaian yang baik bagi kelab ini. Di setiap bahagian dan di setiap peringkat, kami telah menunjukkan prestasi yang hebat,” ujar beliau lagi.

“Kelab ini sedang bangkit menempah nama di Eropah dan kami tidak sabar menanti liga seterusnya untuk bermula.”

Brighton adalah pasukan dari England yang pertama sejak Hull City pada 2014 yang beraksi dalam Liga Europa selepas meraih kedudukan liga tertinggi yang mengatasi kedudukan kesembilan yang dicapai pada musim lalu.

Bercakap kepada Sky Sports, De Zerbi berkata:

“Saya tidak mahu memikirkan soal sasaran semasa menyertai kelab, tetapi saya tahu saya perlu bekerjasama rapat dengan pasukan dan pemain untuk memahami dengan lebih baik budaya dan bola sepak di negara ini.

“Saya hanya mula berfikir mengenai tangga kedudukan, kesudahan liga dan matlamat keseluruhan pada Februari. Saya rasa bertuah kerana ditemukan dengan kumpulan pemain yang hebat. Sebagai jurulatih, saya biasa-biasa sahaja, mungkin jurulatih yang baik juga.

De Zerbi satu-satunya calon yang didekati Brighton selepas Potter berpindah ke Chelsea.

Sebelum berpindah ke Ukraine untuk menyertai Shakhtar Donetsk, De Zerbi memimpin kelab Serie A Sassuolo selama dua musim. Kelab itu mengakhiri kededua musim di tangga kelapan. 

Beliau memenangi Piala Super Ukraine bersama Shakhtar Donetsk. 

Pengerusi Brighton, Tony Bloom berkata kelab itu telah mendapatkan pengurus yang paling sepadan dengan impian kelab itu.

“Beliau mendapat sokongan padu penyokong kerana mempunyai kemahiran berhujah, taktik dan mencungkil prestasi terbaik daripada setiap pemain,” kata beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >