Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK INGGERIS

Erik ten Hag gembira dengan gol pertama jaringan Weghorst

Jan 28, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Manchester United Erik ten Hag tidak dapat menyembunyikan kegirangannya selepas Wout Weghorst menjaringkan gol pertama bagi kelab itu dalam kemenangan 3-0 ke atas Nottingham Forest di pertengahan minggu lalu.



Kemenangan itu membolehkan United membawa bekal selesa ke separuh akhir kedua Piala Liga dan mencerah laluan ke final.



Menurut Ten Hag, beliau begitu senang hati dengan sumbangan yang diberikan kepada pasukan oleh Weghorst sejak beliau menyertai pasukan dari Burnley pada awal bulan ini.



United telah mendapatkan pemain itu menerusi perjanjian pinjaman, walaupun butirannya tidak diberikan.



Namun, Ten Hag berkata walaupun Weghorst telah memain peranan untuk merintis peluang gol bagi rakan sepasukan dan berusaha gigih sejak menyertai United, hanya menjaringkan gol akan membuat seseorang penyerang benar-benar senang hati.



Weghorst, 30 tahun, bertindak paling cepat untuk menyambar bola yang melantunn dari dakapan Wayne Hennessey hasil rembatan Antony, yang dilakukan sejurus sebelum waktu rehat.



"Gol itu penting baginya... ia penting untuk menambah keyakinannya dalam jersi United," kata Ten Hag.



"Sebenarnya, Weghorst telah menunjukkan cara beliau boleh menyumbang kepada pasukan semasa menyarung jersi Crystal Palace dan Arsenal... beliau boleh memberi tekanan ke atas pemain lawan dan mampu membuat larian untuk membuka ruang bagi pemain lain.



"Semasa menentang Forest, beliau juga terlibat dalam gol yang dijaringkan Bruno Fernandes kerana beliau bergerak ke arah palang kanan gol.



"Semasa di Arsenal, beliau juga membolehkan Marcus Rashford menjaringkan gol kerana beliau mengheret pemain bek tengah ke arahnya.



"Itulah sumbangannya yang amat berharga," kata Ten Hag.



"Namun, seseorang penyerang dimasukkan dalam pasukan untuk menjaringkan gol dan selagi beliau tidak menjaringkan gol, selagi itulah beliau kurang gembira."



Berdasarkan pandangan itu, Rashford kini berada di keawang-awangan.



Pemain England itu kini telah menjaringkan 10 gol dalam 10 perlawanan sejak pertandingan domestik dimulakan semula selepas Piala Dunia.



Malah, dalam perlawanan dengan Forest, Rashford bergerak solo dari bahagian padang sendiri untuk menjaringkan gol cantik dalam gerakan yang kini dibandingkan dengan gol solo jaringan Ryan Giggs dalam separuh akhir Piala FA 1999.



"Buat masa ini, saya memang terlalu gembira dengan form pemain saya, terutama yang dimiliki Marcus.



"Beliau bak tidak boleh dibendung pada masa ini," kata Ten Hag. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >