Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Eropah, Afrika dan Amerika Selatan tuan rumah bersama Piala Dunia 2030

Oct 5, 2023 | 3:12 PM
SEBULAT SUARA: (Dari kiri) Presiden Persatuan Bola Sepak Paraguay, Robert Harrison; Presiden Persatuan Bola Sepak Uruguay, Ignacio Alonso; Presiden Conmebol, Alejandro Dominguez; dan Naib Presiden Conmebol, Claudio Tapia akan bekerjasama sebagai hos Piala Dunia 2030.
SEBULAT SUARA: (Dari kiri) Presiden Persatuan Bola Sepak Paraguay, Robert Harrison; Presiden Persatuan Bola Sepak Uruguay, Ignacio Alonso; Presiden Conmebol, Alejandro Dominguez; dan Naib Presiden Conmebol, Claudio Tapia akan bekerjasama sebagai hos Piala Dunia 2030. - Foto REUTERS

ASUNCION (Paraguay): Maghribi, Portugal dan Sepanyol akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030 tetapi perlawanan akan juga berlangsung di Uruguay, Argentina dan Paraguay bagi meraikan ulang tahun ke-100, menurut pengumuman Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pada 4 Oktober.

Menurut Fifa dalam satu kenyataan, perlawanan di Amerika Selatan – satu di Montevideo, satu di Buenos Aires dan satu di Asuncion – adalah sebahagian daripada sambutan menandakan 100 tahun sejak Piala Dunia pertama di Uruguay.

Kebanyakan permainan akan berlangsung di tiga negara tuan rumah tersebut.

Pengumuman itu menamatkan persaingan antara dua tawaran utama – satu diketuai oleh Sepanyol dan Portugal serta satu lagi dari Argentina, Uruguay, Chile dan Paraguay.

Sebaik sahaja kriteria teknikal disahkan, badan bola sepak itu akan merasmikan anugerah acara perdananya pada 2024.

Mengikut kelulusan sebulat suara oleh Fifa, nampak jelas bahawa format antara benua yang belum dilakukan sebelum ini akan mendatangkan cabaran politik dan logistik yang rumit dan menimbulkan persoalan lanjut tentang kesan alam sekitar acara-acara sukan.

Fifa juga berkata mereka akan menerima tawaran daripada konfederasi benua Asia dan Oceania untuk Piala Dunia 2034.

Arab Saudi pada 4 Oktober mengumumkan hasrat untuk menawarkan diri menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg