Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Euro 2016: Perancis kalahkan Albania 2-0

Jun 16, 2016 | 07:15 AM



MARSEILLE (Perancis): Antoine Griezmann menjaringkan gol pada lewat perlawanan sebelum Dimitri Payet menambah gol kedua pada masa kecederaan apabila tuan rumah Perancis mendapatkan tempat ke pusingan 16 terakhir Euro 2016 dengan kemenangan 2-0 ke atas Albania pada Rabu (15 Jun).



Perancis memulakan usaha mereka memenangi Kejuaraan Eropah pertama dalam tempoh 16 tahun dengan kemenangan 2-1 ke atas Romania Jumaat lepas.



Namun, walaupun mewujudkan pelbagai peluang menjaringkan gol ketika menentang pasukan kerdil Balkan itu, hanya pada minit ke-90 barulah Griezmann dapat menyelamatkan Perancis menerusi tandukan di Stade Velodrome.



Jurulatih Didier Deschamps menurunkan Anthony Martial, menggantikan pemain tengah Paul Pogba yang tidak menunjukkan prestasi baik, dan Kingsley Coman, daripada Griezmann.



Ini bermakna beralih daripada formasi 4-3-3 kepada 4-2-3-1, dengan penyerang Olivier Giroud bermain solo di depan.



Albania, yang kehilangan kapten Lorik Cana disebabkan penggantungan kerana dibuang padang semasa kalah 1-0 kepada Switzerland dalam perlawanan pembukaan, menggunakan taktik bertahan dengan formasi 4-5-1.



Dan Perancis, walaupun menunjukkan permainan menjanjikan pada keseluruhan perlawanan, tidak dapat respon kepada strategi Albania itu.



Kemudian seperti yang dijangka meluas, Pogba dimasukkan menggantikan Martial pada separuh masa kedua, meningkatkan prestasi pasukan tuan rumah itu.



Coman digantikan oleh Griezmann tidak lama selepas itu.



Giroud pula digantikan oleh Andre-Pierre Gignac 13 minit sebelum tamat, dan Perancis terus mengasak Albania hingga Griezmann berjaya memecah kebuntuan apabila beliau melompat untuk menyambut hantaran Adil Rami dan menewaskan penjaga gol Etrit Berisha.



Gol itu melemahkan azam Alabania dan lima minit kemudian Payet menuntut gol keduanya dalam pertandingan itu dengan tendangan lencong baik yang menewaskan Berisha. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >