Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020: KUMPULAN F

Musuh ketat berentap lagi di Wembley

Jun 25, 2021 | 05:30 AM



MUNICH: Jerman akan berentap dengan musuh ketat England di pusingan 16 pasukan terbaik apabila bangkit dua kali untuk menyingkirkan Hungary daripada Kejuaraan Euro 2020.



Jerman di ambang tersingkir dari persaingan kalah mati apabila mereka ketinggalan di belakang pada separuh masa pertama.



Namun nasib mereka berubah setelah pemain gantian Leon Goretzka diturunkan pada separuh masa kedua dan menjaringkan gol penyamaan sekali gus mencatatkan keputusan seri 2-2 untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati.



Jerman kini akan berdepan skuad bimbingan Gareth Southgate di London Selasa depan bagi menentukan tempat ke suku akhir.



Manuel Neuer menegaskan mereka tidak sabar untuk berdepan England di Wembley - 25 tahun selepas meranapkan impian mereka di kejohanan itu.



"Ia perlawanan yang mendebarkan dan membuatkan kami gementar," kata penjaga gol Jerman itu.



"Aksi bertemu England adalah perlawanan yang berbeza. Kami mahu pergi lebih jauh dan Wembley sesuai dengan kami," katanya sambil tersenyum.



Manakala itu, England pasti akan berusaha membalas dendam kekalahan mereka di separuh akhir Euro 96 kepada Jerman di Wembley apabila pasukan tuan rumah itu tewas dalam penentuan penalti sebelum Jerman dinobat juara selepas menewaskan Republik Czech di final.



Pada perlawanan awal pagi semalam, Hungary buat kejutan apabila mendahului di Munich menerusi kapten pasukan, Adam Szalai.



Namun tandukan Kai Havertz membolehkan Jerman menyamakan kedudukan di separuh masa kedua sebelum pasukan pelawat sekali lagi menjaringkan gol kedua, kurang dari dua minit menerusi Andras Schaefer.



Goretzka muncul penyelamat Jerman apabila pemain tengah Bayern Munich yang diturunkan dari bangku simpanan menyamakan kedudukan enam minit sebelum permainan tamat.



"Saya gembira, tiada apa yang meragukan kami sekarang dan kami penuh keyakinan," kata Goretzka.



Jurulatih Jerman Joachim Low akur bahawa pasukannya melakukan banyak kesilapan namun berjanji mereka akan tampil dengan prestasi berbeza ketika menentang England nanti.



Walaupun memulakan perlawanan dengan hambar, Low tetap berpuas hati dengan cara Jerman bangkit bagi menduduki tangga kedua Kumpulan F di belakang Perancis.



"Kami mempunyai sikap yang sangat baik, kami membuat kesilapan tetapi kami tidak biarkan sahaja dan terus berjuang,'" kata Low.



"Ia bukan perlawanan mudah. Kami tahu Hungary akan memberikan saingan hebat dan kita dapat saksikan hari ini.



"Untuk mara dari kumpulan ini sudah cukup baik dan itu sasarannya. Perancis pun hanya seri 1-1 dengan Hungary, pasukan kerdil namun bersemangat tinggi.''



Jamal Musiala yang berusia 18 tahun 117 hari, muncul pemain paling muda ditampilkan mewakili Jerman di kejohanan utama apabila beliau menggantikan Robin Gosens.



Persembahan cemerlang pemain muda itu turut mendapat pujian Low.



"Musiala tidak gentar dan beraksi dengan yakin," kata Low.



Bercakap mengenai peluang menentang England pada Rabu depan, Low berkata:



"Kami sangat teruja dapat menentang England di Wembley. Kami akan bersiap sedia sebaiknya dan tampil dengan aksi berbeza, itu janji saya." - AFP, Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >