Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Previu Everton lwn Arsenal

Everton, Arsenal mahu tiga mata... untuk sebab berbeza

Gunners mahu perkukuh saingan bagi kejuaraan liga, manakala Everton enggan jadi pasukan yang bergelut dengan relegasi
Sep 17, 2023 | 05:31 AM



Dua pasukan dalam keadaan amat berbeza, namun masing-masing memerlukan tiga mata penuh untuk tujuan tersendiri.

Sedang Everton terjerumus di tangga ke-18 dengan hanya satu mata, Arsenal pula meneruskan form memberangsangkan musim lalu kepada musim ini, dan menduduki tangga kelima setelah mengutip 10 mata.


Pasukan Toffees pimpinan Sean Dyche itu perlu mendapatkan tiga mata dengan segera, jika tidak mahu terus bergelut dengan risiko relegasi sekali lagi musim ini.

“Memang musim baru sahaja bermula, masih ada masa yang panjang.

“Namun, jika kemerosotan Everton ini tidak ditangani, keadaan ini akan menjadi lebih meruncing dan tanpa disedari tiba-tiba Dyche dan anak buahnya sekali lagi bergelut dengan risiko relegasi,” ujar bekas pemain midfield Everton, Leon Osman.

Everton, menurut Osman, telah menunjukkan beberapa kemajuan dalam perlawanan terakhir mereka dengan pasukan Toffees itu berjaya seri menentang Sheffield United.

“Ia adalah perlawanan penting, dan tekanan yang dipikul pemain jelas amat berat.

“Namun, Everton menunjukkan mereka mempunyai semangat juang yang tinggi dan seharusnya keputusan itu menjadi mangkin untuk mereka meneruskan perjuangan sehingga akhir musim,” tambah Osman, yang menyarung jersi Everton sebanyak 433 kali dan menjaringkan 57 gol.

Dyche, selepas perlawanan menentang Sheffield United, berkata beliau bangga dengan semangat yang ditunjukkan pemainnya.

Namun, beliau menekankan Everton bukan hanya berjuang berdasarkan semangat.

“Kami mempunyai kualiti yang baik dalam skuad... yang tidak dicerminkan menerusi kedudukan kami dalam liga dan keputusan yang kami perolehi sejauh ini,” ujar Dyche.

“Jadi yang penting ialah tidak terlalu memikirkan kejayaan jangka pendek. Kami harus sama-sama bekerja keras sebagai sebuah kelab dan memberi komitmen kepada sasaran jangka panjang yang akan menjamin kejayaan Everton dalam tempoh lima, 10 tahun akan datang dan seterusnya,” ujarnya.

“Meskipun demikian, kami tidak boleh memperkecilkan peri penting tiga mata... lebih-lebih lagi di padang sendiri. Pemain harus yakin bahawa kami mampu menandingi Arsenal,” tambah Dyche.

Rakan seperjuangan Dyche, Mikel Arteta, juga menggariskan peri penting tiga mata bagi pasukannya.

Pasukan Gunners itu kini dilambung gelombang keyakinan setelah menewaskan Manchester United dalam perlawanan sebelum liga berehat untuk pertandingan antarabangsa.

“Kami bermain dengan baik... menentang pasukan bertaraf dunia. Lebih-lebih lagi setelah melepaskan gol pertama, kami menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk menang 3-1.

“Tapi itu adalah sejarah. Perlawanan menentang Everton adalah satu lagi cabaran yang harus kami hadapi.

“Berdasarkan musim lalu, jelas saingan liga begitu kompetitif dan kami tidak mampu keciciran terlalu banyak mata. Justeru, kami perlu fokus dan menjalankan tugas dengan profesional di Goodison Park,” kata Arteta yang menyarung jersi Everton selama enam tahun di bawah bimbingan jurulatih David Moyes.

Mengulas, bekas pemain pertahanan Arsenal, Martin Keown, berkata di atas kertas dan berdasarkan form, anak buah Arteta tidak seharusnya mempunyai masalah menewaskan Everton, meskipun bermain di padang lawan.


Menurutnya, secara keseluruhan, Arsenal mempunyai kelebihan dan dengan keyakinan Everton kini di tahap yang agak rentan, Keown berkata para pemain Arsenal harus merebut peluang tersebut sepenuhnya.

“Jika mereka boleh menjaringkan gol awal, dalam 15, 20 minit pertama perlawanan, saya tidak melihat bagaimana Everton dapat kembali daripada keadaan tersebut,” kata Keown.

Hakikatnya, beliau menekankan bahawa setiap mata dalam liga ini adalah penting sekiranya Arsenal mahu sekali lagi bersaing untuk kejuaraan liga.

“Kita telah melihat, jurang antara kejayaan dan kegagalan dalam liga adalah begitu tipis.

“Setelah apa yang berlaku, Arsenal masih boleh berbangga dengan pencapaian mereka musim lalu tapi saya pasti rasa terkilan (gagal memenangi liga) masih menghantui mereka – pemain, jurulatih dan penyokong.

“Bagi memastikan ia tidak berulang, Arsenal mesti merebut tiga mata dalam perlawanan-perlawanan seperti menentang Everton,” tegas beliau. – Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >