Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Perdana England

Everton, Forest didakwa langgar peraturan kewangan

Jan 16, 2024 | 05:01 PM



LONDON: Dua pasukan Liga Perdana England (EPL), Nottingham Forest dan Everton, berdepan pemotongan mata selepas kededuanya didakwa melanggar peraturan liga.


Satu kenyataan EPL pada 15 Januari menyatakan bahawa Everton dan Nottingham Forest “masing-masing telah mengesahkan bahawa mereka telah melanggar peraturan keuntungan dan kelestarian liga”.

“Ini adalah susulan kerugian melebihi jumlah dibenarkan untuk tempoh penilaian berakhir musim 2022-23.

“Sejajar dengan peraturan Liga Perdana, kedua-dua kes kini telah dirujuk kepada pengerusi panel kehakiman, yang akan melantik suruhanjaya berasingan untuk menentukan tindakan sewajarnya,” tambah kenyataan tersebut.

Kelab-kelab itu kini mempunyai 14 hari untuk mengemukakan jawapan rasmi, dan di bawah peraturan liga, pendengaran mesti diselesaikan dalam tempoh 12 minggu.

Perbicaraan rayuan mesti diadakan sebelum 24 Mei 2024 dan aduan diselesaikan sebelum 1 Jun.

Menurut peraturan peraturan kewangan atau ‘Financial Fair Play’ EPL, kelab dibenarkan mencatatkan kerugian maksimum £105 juta ($178 juta) dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Secara berasingan, Everton telah dikenakan potongan 10 mata pada November 2023 kerana melanggar peraturan kewangan pasukan bagi musim 2020-21.

Ini setelah suruhanjaya bebas mendapati kerugian kelab untuk musim itu adalah sebanyak £124.5 juta – ini bermakna pasukan tersebut berada dalam zon penyingkiran iaitu tangga ke-17 EPL musim ini.

“Everton boleh memberi jaminan kepada peminatnya bahawa ia akan terus mempertahankan kedudukannya semasa rayuan yang sedang berlangsung dan, sekiranya ia dikehendaki berbuat demikian, di mana-mana suruhanjaya pada masa hadapan – dan kesan ke atas penyokong akan ditonjolkan sebagai sebahagian daripada proses itu,” jelas satu kenyataan Everton.

Kelab itu telah memfailkan rayuan terhadap pemotongan mata sebelum ini, yang disifatkannya sebagai “tidak seimbang dan tidak adil”.

Forest, yang sebelum ini tidak melanggar peraturan, menjadi kelab ketiga didakwa EPL selepas Everton dan juara bertahan, Manchester City.

“Kelab ini berhasrat terus bekerjasama sepenuhnya dengan Liga Perdana mengenai perkara ini dan yakin dengan penyelesaian yang cepat dan adil,” kata Forest dalam satu kenyataan.

Kelab dari East Midlands itu berada dalam Liga Kejuaraan – satu peringkat di bawah EPL – sehingga 2022, di mana kelab dibenarkan kerugian maksimum £39 juta sepanjang tiga musim, atau £13 juta setiap musim.

Ini bermakna kerugian maksimum bagi kelab itu ialah £61 juta.

Selepas kelab itu berjaya melayakkan diri ke liga EPL menjelang musim 2022-23, Forest memecahkan rekod perpindahan terbanyak, iaitu 21 pemindahan, oleh kelab EPL apabila tempoh pemindahan berakhir.

Pada awal Januari, City turut dirujuk kepada suruhanjaya bebas berhubung lebih 100 dakwaan berkaitan pelanggaran peraturan kewangan sejak kelab itu diambil alih oleh City Football Group, syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, pada 2008. Tiada keputusan telah dicapai dalam kes itu.

Kelab-kelab dalam liga utama England pernah dikenakan potongan mata sebelum ini.

Middlesbrough dikenakan potongan tiga mata pada 1997 apabila kelab itu gagal memenuhi perlawanan, manakala Portsmouth dikenakan potongan sembilan mata pada 2010 apabila kelab yang berhadapan dengan masalah kewangan itu diisytiharkan muflis. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >