Faiz Basha lakar sejarah walau terkandas di acara ‘giant slalom’ lelaki

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faiz Basha lakar sejarah walau terkandas di acara ‘giant slalom’ lelaki

Feb 14, 2026 | 9:17 PM

Faiz Basha lakar sejarah walau terkandas di acara ‘giant slalom’ lelaki

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Atlet sukan salji, temasya Olimpik Musim Sejuk, Faiz Basha,
Atlet sukan salji pertama Singapura di temasya Olimpik Musim Sejuk, Faiz Basha, gagal menamatkan perlumbaannya selepas terjatuh. - Foto REUTERS

Atlet sukan salji pertama Singapura di temasya Olimpik Musim Sejuk, Faiz Basha, menamatkan acara pertamanya, giant slalom lelaki, di Pusat Ski Stelvio di Bormio, Italy, pada 14 Februari dengan keputusan DNF (tidak menamatkan perlumbaan) selepas terjatuh.

Atlet berusia 23 tahun itu, yang mencipta sejarah sebagai atlet Singapura pertama yang layak menyertai acara salji ski alpine di Sukan Olimpik Musim Sejuk, adalah antara 81 peserta yang bersaing dalam acara tersebut dari serata dunia.

Faiz yang merupakan pemegang Biasiswa Olimpik, berdepan kesukaran di satu bahagian di litar.

Ini menyebabkan beliau terjatuh dan salah satu belah skinya terlepas.

Dalam acara itu, lapan atlet, termasuk Faiz, gagal menamatkan perlumbaan.

Atlet dari Brazil, Lucas Pinheiro Braathen, mendahului acara itu, dengan mencatatkan masa 0.95 saat lebih pantas berbanding atlet di tempat kedua iaitu Marco Odermatt dari Switzerland.

Setakat ini, belum ada atlet yang mewakili negara Amerika Selatan pernah memenangi sebarang pingat dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Bagaimanapun, Braathen, yang dilahirkan di Norway, kini berada dalam kedudukan baik untuk menamatkan kemarau pingat tersebut bagi rantau itu.

Faiz dijadual beraksi lagi bagi acara keduanya, slalom lelaki, di Pusat Ski Stelvio pada 16 Februari.

Ini merupakan penampilan sulungnya di temasya Olimpik itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg