Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FAS masih kaji kaitan padang rumput tiruan dengan kemungkinan kecederaan

Semalam, akhbar ini memaparkan laporan berkaitan kecederaan yang dialami para atlet – yang kebetulan semasa bermain di atas padang tiruan. Dalam laporan kedua hari ini, BERITA HARIAN mendapatkan pandangan beberapa pihak berkepentingan berkaitan isu tersebut dan apa yang boleh dilakukan untuk mengatasinya dan proses pemulihannya.Ikuti laporan di bawah ini.
Feb 13, 2023 | 05:30 AM



KAITAN antara kecederaan yang dialami dengan padang rumput tiruan belum dapat dipastikan, namun risikonya tetap ada apatah lagi jika padang sedemikian tidak disenggara dengan baik, kata beberapa pihak berkepentingan.



Antara mereka yang baru-baru ini mengalami kecederaan ketika beraksi di padang rumput tiruan ialah pemain nasional, Ilhan Fandi, yang mengalami kecederaan ligamen lutut anterior (ACL), iaitu ligamen pada sendi lutut).



Beliau mengalami kecederaan itu semasa satu perlawanan antarabangsa di Stadium Jalan Besar - yang memasang rumput tiruan di padangnya.



Seorang jurucakap Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata kaitan antara padang rumput tiruan dengan kemungkinan berlakunya kecederaan, masih dikaji.



"FAS kini masih mengkaji maklumat yang diperolehi daripada kajian penyelidikan yang relevan, bersama dengan jabatan Sains dan Perubatan Bola Sepak serta jawatankuasa perubatan perubatan kami," katanya.



Dalam jawapannya kepada wartawan, Pengarah Perubatan dan Konsultan, Pakar Bedah Ortopedik di Orion Orthopaedic Surgery, Hospital Mount Elizabeth, Dr Mizan Marican, berkata beliau menyaksikan sekitar 10 kes kecederaan yang ada kaitan dengan padang rumput tiruan dalam setahun.



Beliau anggarkan pesakit sedemikian dalam lingkungan usia 18 dengan 30 tahun.



"Kadar geseran yang lebih tinggi antara kasut dengan permukaan biasanya dikaitkan dengan permainan yang lebih baik tapi risiko kecederaannya juga lebih tinggi.



"Sebab itu kita lihat bertambahnya kecederaan ACL di padang yang mempunyai rumput tiruan seperti di padang bola sepak," katanya.



Stadium Jalan Besar telah dilengkapi dengan rumput tiruan sejak 2004 - menggantikan rumput asli.



Selain Ilhan, dua lagi pemain nasional, Ikhsan Fandi dan Adam Swandi, turut mengalami kecederaan di lutut semasa bermain di padang Jalan Besar pada 17 Disember lalu.



Seorang pakar fisioterapi utama di Physioconnect@Lakeside, Encik Trevor Lee, memberitahu akhbar ini bahawa pihaknya menyaksikan tiga kes kecederaan ACL sepanjang empat bulan lalu yang secara kebetulan berlaku di padang rumput tiruan.



Daripada tiga kes ini, seorang daripada mereka telah menjalani pembedahan dan dua lagi sedang bersiap untuk dibedah.



"Usia mereka yang cedera semakin muda sejak kebelakangan ini.



"Semuda 12 tahun atau mungkin kurang. Kebanyakan mereka masih berusia dalam lingkungan 14 tahun ke atas," katanya.



Meskipun begitu beliau berkata ACL boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana.



"Ia boleh berlaku menerusi insiden terjatuh dan menyebabkan kecederaan itu tanpa disedari pun," ujarnya lagi.



Bekas pemain bola sepak negara, Yakob Hashim, berkata: "Padang rumput tiruan sepatutnya digunakan secara selektif.



"Contohnya ia sebuah stadium berbumbung atau padang masyarakat.



"Maka saya fikir ia lebih praktikal berdasarkan kos dan penyenggaraan.



"Tapi bagi perlawanan antarabangsa yang besar, ia wajar dielakkan. Hormati pasukan lawan yang biasanya bermain atas padang rumput asli," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >