Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FAS mohon maaf atas kesilapan, tarik balik pencalonan 2 penyertaan

Nov 21, 2023 | 09:57 PM



Kriteria kelayakan yang dianggap tidak telus bagi pencalonan anugerah Cerita Terbaik yang bakal disampaikan dalam Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2023 adalah “kesilapan manusia”, kata badan pentadbir bola sepak negara itu.

Bahkan, dua cerita tercalon bagi kategori itu telah ditarik balik dan digantikan dengan penyertaan yang mengikut kriteria awal yang ditetapkan, tambah FAS pada Selasa ketika menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).


Langkah itu diambil berikutan dakwaan sebuah laman sesawang kewartawanan warga dalam talian pada Isnin bahawa FAS telah mengubah kriteria kelayakan anugerah tanpa bersikap telus.

FAS bakal menganjurkan malam anugerahnya pada Khamis di Orchard Hotel.

Sebanyak 24 anugerah akan disampaikan dalam majlis tahunan yang mengiktiraf kecemerlangan dalam bola sepak setempat seperti Liga Perdana Singapura (SPL) dan Liga Perdana Wanita, antara lain.

Anugerah itu termasuk Cerita Terbaik, yang diberikan kepada media atas penulisan baik mereka mengenai bola sepak tempatan.

FAS berkata ia meminta maaf atas kesilapan yang berlaku semasa penyusunan penyertaan.

“Malangnya, disebabkan kesilapan manusia semasa proses penyusunan, penyertaan di luar skop SPL telah dimasukkan dan tambahan pula, lebih daripada satu penyertaan daripada organisasi yang sama telah disenarai pendek sebagai tiga calon terakhir,” jelas pengarah perhubungan korporat FAS, Mustaffa Ehsan Sa’aid. 

Pencalonan bagi anugerah itu dibuka kepada media seawal 16 Oktober.

Untuk layak dipertandingkan, FAS menetapkan dua kriteria.

Penyertaan artikel mesti berkaitan SPL dan harus diterbitkan, sama ada cetak atau dalam talian, antara 1 Januari dengan 15 Oktober 2023.

Setiap media juga hanya dibenarkan menghantar satu cerita.

Pada 19 November, FAS mengumumkan calon dipilih bagi kategori dalam Malam Anugerah FAS 2023.

Tiga calon disenaraikan bagi anugerah Cerita Terbaik.

Namun, dua cerita daripadanya merupakan hasil penulis sama.

Kenneth Tan, pegawai eksekutif kanan komunikasi pemasaran di Sailors Lion City Sailors, mendapat dua pencalonan bagi ceritanya, ‘I feel like a kid again: Izwan Mahbud back and ready to rediscover old groove’ dan ‘Yes, we work like women – and it’s been wildly effective’.


Aslam Iskhandar Shah dan Fabian Koh daripada Channel NewsAsia (CNA) pula dicalonkan bagi cerita mereka, ‘Singapore footballer joins Borussia Dortmund women’s team, puts studies on hold to pursue career’.


Cerita ini, yang berbentuk berbilang media iaitu artikel dan video, mengisahkan tentang pemain wanita Singapura Danelle Tan yang mengembangkan sayapnya ke kelab Jerman, Borussia Dortmund.

SPL hanya disertai kelab pemain lelaki.

“Oleh itu, atas semangat keadilan kepada media lain yang telah mematuhi kriteria asal yang ditetapkan, keputusan telah dibuat untuk menarik balik pencalonan penyertaan oleh CNA (Siaran televisyen) dan untuk mengeluarkan satu daripada dua penyertaan Lion City Sailors.

“Kedua-dua slot ini akan digantikan dengan dua penyertaan yang telah dinilai dan digredkan oleh panel penilai untuk anugerah ini,” kata FAS.

Artikel, ‘Football: From hugging the touchline to prowling it with a flag, ex-winger Oswind Suriya gets his second wind’ tulisan wartawan ‘The Straits Times’, Deepanraj Ganesan, dan ‘World Cup Socceroo Bailey Wright far from done as he embarks on new voyage with Lion City Sailors’ oleh Gabriel Tan daripada ESPN Singapore, kini dicalonkan.


Ia disenaraikan bersama cerita Tan, ‘Yes, we work like women – and it’s been wildly effective’.


Individu yang terjejas telah dihubungi secara peribadi bagi menjelaskan kejadian berlaku dan menzahirkan ucapan maaf, kata FAS.

Kededuanya telah menerima permohonan maaf itu, tambahnya.

Mustaffa berkata:

“Saya ingin memberi jaminan kepada anda bahawa ralat ini adalah tidak disengajakan sepenuhnya dan sama sekali tidak menggambarkan kekurangan komitmen terhadap garis panduan Malam Anugerah FAS 2023. 

“Proses penghakiman bagi kategori Cerita Terbaik telah dijalankan dengan penuh kewibawaan, memberi tumpuan semata-mata pada merit kandungan yang dikemukakan dan tanpa pengetahuan tentang asal usul setiap penyertaan, bagi memastikan kesaksamaan sepenuhnya. 

“Panel penilai telah menyerahkan markah  masing-masing untuk semua penyertaan langsung kepada FAS dan tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu antara satu sama lain.”

FAS menambah ia akan melaksanakan langkah kawalan mutu yang dipertingkatkan semasa proses penyusunan penyertaan untuk melindungi daripada kesilapan serupa pada masa akan datang.

Kriteria kelayakan juga akan disemak semula bagi memastikan perwakilan yang lebih luas dan tepat serta mencerminkan bola sepak Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >