Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain Sailors, Albirex ungguli pencalonan Malam Anugerah FAS 2023

Nov 20, 2023 | 03:28 PM



Pencapaian dan kecemerlangan dalam bola sepak tempatan akan diraikan pada Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2023, dengan pemain Albirex Niigata dan Lion City Sailors mengungguli pencalonan dalam kategori anugerah yang dipertandingkan.

Sebanyak 24 anugerah akan disampaikan pada acara tahunan itu, yang akan berlangsung di Hotel Orchard pada Khamis, umum FAS dalam satu kenyataan pada Ahad.

Edisi ketujuh Malam Anugerah FAS itu akan mengiktiraf prestasi cemerlang dalam musim ke-28 Liga Perdana Singapura (SPL), dengan tujuh kategori anugerah.

Anugerah akan juga diberi kepada bakat menyerlah dalam Liga Perdana Wanita (WPL) dan Liga Bola Sepak Singapura (SPL) 1 dan 2.

Albirex Niigata muncul juara SPL 2023, iaitu kemenangan untuk tahun kedua berturut-turut, dengan Sailors menduduki tangga kedua.

Sailors, bagaimanapun, dinobat juara WPL musim ini, dengan baki satu perlawanan dalam liga yang akan menutup tirainya pada 26 November.

Pasukan wanita Albirex menduduki tangga kedua.

Sailors diwakili dalam enam kategori anugerah.

Penyerang Lion City Sailors, Maxime Lestienne, berpeluang menebus kekecewaan 2022 – selepas tewas kepada rakan sepasukan, Kodai Tanaka, bagi gelaran Pemain Terbaik – apabila dicalonkan sekali lagi dalam kategori itu pada 2023.

Pemain Belgium itu, yang beraksi mantap dengan 25 gol dan 21 umpanan (assist) dalam SPL 2023, dicabar oleh dua pemain Jepun, Seia Kunori (Albirex Niigata) dan Ryoya Taniguchi (Balestier Khalsa).

Lestienne, 31 tahun, adalah Penjaring Gol Terbanyak liga bagi 2023.

Penyerang muda Sailors, Abdul Rasaq Akeem, dicalon bagi anugerah Pemain Muda Terbaik.

Rasaq, 22 tahun, satu-satunya pemain Singapura tersenarai dalam kategori itu, bersaing di samping Kunori dan pemain Brunei DPMM, Hakeme Yazid.

Anugerah Jurulatih Terbaik akan menyaksikan pertarungan antara Kazuaki Yoshinaga (Albirex Niigata), yang berpeluang meraih gelaran keempat berturut-turutnya, dengan Peter de Roo (Balestier Khalsa), serta Gavin Lee (Tampines).

Bagi kategori WPL, Kitahara Kana (Albirex Niigata), Izzati Rosni (Lion City Sailors) dan Nur Raudhah Kamis (Hougang United) disenaraikan bagi anugerah Pemain Terbaik.

Nur Sarah Zu’risqha (Albirex Niigata), Dhaniyah Qasimah (Tanjong Pagar United) dan Nur Syazwani Ruzi (Lion City Sailors) bersaing bagi anugerah Pemain Muda Terbaik.

Sementara itu, Yeong Sheau Shyan (Lion City Sailors), Sivaraj Geevananthan (Hougang United) dan Samawira Basri (Tanjong Pagar United) berebut gelaran Jurulatih Terbaik.

Sumbangan bekas kapten pasukan nasional, Shahril Ishak dan Noor Kusumawati, dalam bola sepak Singapura juga akan dihargai.

Shahril, 39 tahun, dan Kusumawati, 33 tahun, yang bersara daripada bola sepak pada 2023, akan diberi Anugerah Pengiktirafan Khas.

Proses pemilihan bagi calon dan pemenang dinilai oleh panel pengadil yang terdiri daripada panel anugerah bulanan 2023, ketua jurulatih dan kapten daripada sembilan kelab SPL.

CALON MALAM ANUGERAH FAS 2023


LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)


Pemain Terbaik: Maxime Lestienne (Lion City Sailors), Seia Kunori (Albirex Niigata), Ryoya Taniguchi (Balestier Khalsa)


Pemain Muda Terbaik: Seia Kunori (Albirex Niigata), Hakeme Yazid (Brunei DPMM), Abdul Raseq Akeem (Lion City Sailors)


Jurulatih Terbaik: Kazuaki Yoshinaga (Albirex Niigata), Peter de Roo (Balestier Khalsa), Gavin Lee (Tampines Rovers)


LIGA PERDANA WANITA (WPL)


Pemain Terbaik: Kitahara Kana (Albirex Niigata), Izzati Rosni (Lion City Sailors), Nur Raudhah Kamis (Hougang United)


Pemain Muda Terbaik: Nur Sarah Zu’risqha (Albirex Niigata), Dhaniyah Qasimah (Tanjong Pagar United), Nur Syazwani Ruzi (Lion City Sailors)


Jurulatih Terbaik: Yeong Sheau Shyan (Lion City Sailors), Sivaraj Geevananthan (Hougang United), Samawira Basri (Tanjong Pagar United)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >