Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Firma Saudi dibenar ambil alih Newcastle dengan syarat 'nilai pasaran adil'

Dec 16, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Liga Perdana akan membenarkan Newcastle United membuat perjanjian penajaan dengan syarikat Arab Saudi, dengan syarat liga menganggap ia mempunyai "nilai pasaran yang adil".



Diumumkan pada Selasa lalu bahawa pemegang saham Liga Perdana telah melonggarkan larangan sementara terhadap kelab itu sejak ia diambil alih secara kontroversi oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi.



Terdapat kebimbangan dalam kalangan peminat bahawa pasukan bergelar The Magpies itu akan dapat mencapai persetujuan perjanjian dengan syarikat yang berkait rapat dengan dana pelaburan awam tersebut, yang kemudiannya akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan perbelanjaan mereka di bawah Peraturan Adil Kewangan atau Financial Fair Play (FFP).



Pada Oktober lalu, Liga Perdana menguatkuasakan larangan lima minggu ke atas perjanjian penajaan pihak berkaitan, tetapi kemudiannya dipersetujui bahawa larangan sementara itu akan ditarik balik.



Kini, ia telah didedahkan bahawa ia akan diserahkan kepada lembaga Liga Perdana untuk memutuskan apakah yang dimaksudkan dengan "nilai pasaran adil".



Mereka juga telah bersetuju bahawa apa yang dianggap sebagai 'urus niaga pihak bersekutu' akan dibenarkan tetapi mereka akan tertakluk kepada penelitian secara teliti, seperti yang dilaporkan BBC.



Bagi membantu lembaga pengarah Liga Perdana, bimbingan akan diberikan daripada penilai luar bebas mengenai tawaran yang diterima.



Dalam pada itu, mereka juga akan diberi akses kepada data bank swasta - yang ditubuhkan oleh Liga Perdana - yang akan mengumpul maklumat perjanjian komersial yang lalu dari pelbagai divisyen bagi menilai harga mereka.



Oleh demikian, ia diharapkan akan membantu mengelakkan sebarang manipulasi terhadap peraturan FFP.



Beberapa pasukan Liga Perdana dilaporkan menentang pengambilalihan Newcastle itu, yang juga akan menyaksikan pengerusi Liga Perdana, Gary Hoffman, meletak jawatan pada akhir Januari nanti. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >