Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fulham kembali ke Liga Perdana

Apr 21, 2022 | 06:08 AM



LONDON: Fulham akan kembali beraksi di Liga Perdana England musim depan, selepas ia menewaskan Preston 3-0 dalam perlawanan divisyen Championship semalam.



Wira pasukan ialah Aleksandar Mitrovic yang menjaringkan dua gol dan menambah jaringan keseluruhan musim ini kepada 40 gol.



Pemain asal Serbia itu menjaringkan kededua golnya itu pada separuh masa pertama, dengan pemain muda Fabio Carvalho turut menyumbangkan satu gol.



Kemenangan itu menjamin kedudukan Fulham sekurang-kurangnya sebagai naib juara divisyen Championship, dengan musim berbaki empat perlawanan.



Namun, ia boleh memenangi trofi divisyen itu pada Sabtu ini, jika berjaya menundukkan Bournemouth, yang kini menduduki tangga kedua, sembilan mata di belakang Fulham.



Satu faktor penting yang membantu Fulham menakluk divisyen Championship musim ini ialah taktik pengurusnya, Marco Silva, yang mendorong pemainnya untuk membuat hantaran pantas dan mengatur serangan kilat.



Cara permainan itu menghasilkan 98 gol dalam 42 perlawanan setakat ini.



Malah, Fulham masih boleh memecah rekod jaringan gol paling banyak dalam Championship yang dimiliki Manchester City, iaitu 108 gol.



Namun, ia mungkin mendapati sukar untuk mengikat Carvalho, 19 tahun, di kelab itu.



Pemain asal Portugal itu terus dikaitkan dengan pemindahan ke Liverpool dengan beberapa pemerhati bola sepak di Britain berkata beliau akan dinamakan sebagai pemain Liverpool tidak lama lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >