Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gaduh pemain Uruguay, penyokong Colombia semasa Copa Amerika disiasat

Jul 12, 2024 | 4:03 PM
Darwin Nunez
Pemain Uruguay, Darwin Nunez (tengah), dilihat bersemuka dengan penyokong Colombia selepas pasukannya tewas dalam separuh akhir Copa Amerika pada 10 Julai. - Foto EPA-EFE

NORTH CAROLINA: Gabungan Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) telah memulakan siasatan ke atas pergaduhan antara pemain bola sepak Uruguay dengan penyokong Colombia pada akhir perlawanan separuh akhir Copa Amerika antara dua negara itu pada 10 Julai.

Demikian menurut jurucakap Conmebol.

Selepas wisel penamat perlawanan di Charlotte, North Carolina, yang dimenangi oleh Colombia itu, video di media sosial menunjukkan beberapa pemain Uruguay memanjat pagar lalu ke tempat duduk penyokong dan bertumbuk dengan beberapa penyokong pasukan lawan.

Pemain Liverpool, Darwin Nunez, dan rakan sepasukan nasionalnya, Ronald Araujo, antara beberapa pemain utama yang dilihat terlibat dalam kejadian itu.

Kapten pasukan Uruguay, Jose Maria Gimenez, berkata pemain-pemain itu sedang cuba melindungi keluarga masing-masing.

Selain itu, pemain dan pegawai daripada kedua-dua pasukan juga terlibat dalam pertelingkahan di padang selepas perlawanan tamat.

“Conmebol telah memulakan siasatan untuk memahami urutan kejadian dan mengenal pasti dalang kejadian ganas yang berlaku pada akhir perlawanan tersebut,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan pada 11 Julai.

“Kami mahu menekankan kami tidak akan membiarkan sebarang perbuatan yang mencemari pertandingan dan bola sepak berlaku tanpa dihukum.

“Insiden itu tidak boleh diterima sama sekali.” – Reuters.

Laporan berkaitan
Tiada Neymar bagi BrazilJul 12, 2024 | 9:39 AM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg