Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Garnacho, Amrabat dapat pujian pengurus Man U

Kelab Old Trafford buka kempen
Piala Liga dengan kemenangan selesa ke atas Palace
Sep 27, 2023 | 03:28 PM



LONDON: Semua pemain perlu beraksi mengikut standard tertinggi mereka.


Itulah tuntutan pengurus Manchester United, Erik ten Hag, kepada pemainnya saban hari.

‘Seruan’ itu disahut pemain muda, Alejandro Garnacho, yang menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 United ke atas Crystal Palace dalam pertarungan pusingan ketiga Piala Liga di Old Trafford.

Beliau menerima pujian daripada Ten Hag tetapi turut diberi amaran bahawa prestasinya sebelum ini tidak cukup baik.

Kemenangan itu menyusuli kejayaan 1-0 pada Ahad lalu di Burley dalam Liga Perdana England (EPL), dan jaringan pemain sayap itu meletakkan United di depan pada separuh masa pertama, sebelum Casemiro dan Anthony Martial melengkapkan kemenangan selesa ke atas Palace itu.

Pemain berusia 19 tahun itu memulakan dua perlawanan pertama United musim ini, tetapi penampilannya menentang Palace adalah kali pertama beliau disenaraikan dalam kesebelasan utama sejak kekalahan di padang Tottenham Hotspur lima minggu sebelum itu.

“Anda melihat pada permulaan musim kami menurunkannya tetapi sumbangannya tidak cukup baik,” kata Ten Hag.

“Semua orang sukakannya... saya sukakannya tetapi kami juga perlu menuntut lebih daripadanya dan mendorongnya agar beliau boleh beraksi pada tahap yang lebih tinggi. Beliau perlu tunjukkannya setiap hari,” tambah Ten Hag.

Pengurus United itu lebih kagum dengan pemain antarabangsa Maghribi, Sofyan Amrabat, yang bermula di bek kiri untuk permulaan pertamanya di United, sebelum beralih ke bahagian tengah kegemarannya selepas separuh masa pertama.

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai United secara pinjaman daripada kelab Serie A Italy, Fiorentina, dan Ten Hag gembira dengan keupayaan beliau mengisi pelbagai posisi di padang.

“Sofyan adalah seorang pemain yang baik, dan itu adalah salah satu sebab kami menandatanganinya, di mana pasukannya memerlukannya, beliau akan bermain dan beliau boleh bermain di lebih banyak posisi,” kata Ten Hag.

Ten Hag enggan menjawab soalan mengenai Jadon Sancho selepas laporan di Jerman menyatakan bahawa prestasi buruk pemain sayap itu dan masalah menjaga masa sebahagiannya akibat sesi bermain komputer berpanjangan.

Sancho berlatih berasingan dari pasukan utama United selepas menimbulkan kemarahan Ten Hag apabila beliau menulis di media sosial bahawa beliau disalahkan secara tidak adil selepas beliau tidak disertakan untuk perlawanan di Arsenal awal musim ini.

Menurut The Straits Times, ia juga dilaporkan bahawa Ten Hag akan membenarkannya kembali ke pasukan utama jikalau beliau meminta maaf, tetapi beliau belum berbuat demikian setakat ini.


United akan menentang Palace sekali lagi dalam Liga Perdana pada 30 September, juga di Old Trafford, sebelum dua lagi perlawanan di tempat sendiri menentang Galatasaray dalam Liga Juara-Juara dan Brentford dalam EPL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >