Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gauff hanya ingin tumpu pada permainan dalam Terbuka AS

Aug 31, 2023 | 2:52 PM
RASA GEMBIRA: Coco Gauff meraikan pencapaian setelah menewaskan Mirra Andreeva dalam kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat.
RASA GEMBIRA: Coco Gauff meraikan pencapaian setelah menewaskan Mirra Andreeva dalam kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat. - Foto REUTERS

NEW YORK: Sungguhpun Coco Gauff merupakan antara nama yang disebut-sebut untuk merangkul kejuaraan tenis Terbuka Amerika, gadis berusia 19 tahun itu hanya ingin menumpukan kepada permainannya di sebalik jangkaan tinggi yang diletakkan padanya di New York.

Beliau melangkah ke pusingan ketiga kejuaraan itu pada Rabu setelah mengatasi Mirra Andreeva – pemain termuda dalam pertandingan itu – dengan keputusan 6-3 6-2.

Gauff dikatakan berpotensi menjadi bintang tenis pada masa hadapan sejak beliau memasuki pertandingan antarabangsa pada 2019, di mana beliau layak ke pusingan keempat kejuaraan Wimbledon pada usia 15 tahun.

Pemain asal Amerika Syarikat itu menaruh impian untuk meneruskan legasi juara Grand Slam sebanyak 23 kali, Serena Williams, pada dua minggu akan datang menyusuli prestasi cemerlang dan kemenangannya dalam pertandingan di Washington dan Cincinnati.

Beliau dipercayai dapat memberi tamparan hebat dalam Terbuka Amerika selepas memenangi 13 perlawanan daripada 14 perlawanan yang lalu.

Apatah lagi beliau berjaya menebus kekalahan yang dialami pada 2022 di tangan Iga Swiatek dalam peringkat akhir Grand Slam pertamanya di Paris.

Dalam peringkat akhir Terbuka Perancis itu, beliau tewas 1-6 3-6 kepada pemain tenis nombor satu dunia itu tetapi dapat menyingkirkan Swiatek baru-baru ini dalam Terbuka Cincinnati WTA.

Beliau menyifatkan kejayaan yang diraih baru-baru ini atas semangat positif yang ditonjolkan tatkala situasi menjadi semakin mencabar dan mengetengahkan semangat yang ditunjukkan bintang-bintang seperti Carlos Alcaraz dan Novak Djokovic.

Gauff berkata: “Perkara yang saya belajar adalah cara mereka mengawal situasi apabila permainan tenis mereka tidaklah pada prestasi yang terbaik.

“Sebagai contoh, Carlos di Cincinnati, beliau kalah satu set bagi setiap perlawanan dan beliau tidak bermain dengan begitu baik, itu jelas.

“Beliau masih tersenyum... menentang Hubi Hurkacz dan sedang kalah satu set... beliau sedang kalah... beliau masih tersenyum.

“Jika beliau boleh tersenyum, beliau adalah pemain nombor satu di dunia dan menggalas banyak tekanan... maka saya boleh lakukannya dalam apa jua situasi.

“Saya kini bukanlah underdog, tetapi menentang contohnya Iga atau (Aryna) Sabalenka... saya dianggap underdog jadi saya juga boleh lontarkan senyuman.”

Gauff, yang menduduki tangga keenam dunia dalam carta Persatuan Tenis Wanita (WTA), akan bertemu Elise Mertens pada Jumaat untuk menempah tempat di pusingan 16 terakhir. – AFP.

“Perkara yang saya belajar adalah cara mereka mengawal situasi apabila permainan tenis mereka tidaklah pada prestasi yang terbaik... Saya kini bukanlah underdog, tetapi menentang contohnya Iga atau (Aryna) Sabalenka... saya dianggap underdog jadi saya juga boleh lontarkan senyuman.”
 Coco Gauff, atlet tenis.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg