Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gelagat peminat Liverpool di S’pura: Mana Salah, mana Betul?

Aug 03, 2023 | 02:07 PM



Apa yang ‘salah’ atau ‘betul’ dalam perlawanan persahabatan pada malam Rabu di Stadium Negara?

Adakah ia keputusan yang mengecewakan hampir 50,000 peminat kelab Liverpool yang hadir pada malam itu?

Atau aksi dramatik dan jaringan gol lewat yang membolehkan juara Jerman, Bayern Munich menewaskan gergasi Liga Perdana England itu 4-3.

Dua lelaki sanggup buat kelakar apabila ‘Anfield’ tiba di Stadium Negara pada malam Rabu.

Mereka kelihatan memakai jersi Liverpool khas yang masing-masing memaparkan kata berlawan M. Betul dan M. Salah.

M. Salah, merujuk kepada penjaring gol Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah, yang menyertai kelab itu sejak 2017.

Gambar mereka berdua dimuat naik dalam laman Facebook Persatuan Peminat Melayu Liverpool FC pada pagi Khamis, sehari selepas perlawanan itu dan dikongsi lebih 400 pengguna sehingga tengah hari .

Dalam ruang komen, beberapa pengguna FB berkata mereka juga ingin menempah jersi serupa dengan teman-teman lain.

Pengguna FB bernama Zyratul Hafiz Akhdiyat yang merujuk kepada penampilan dua lelaki itu hampir serupa adik-beradik kembar berkata: “Upin masih betul.. Ipin sudah salah bawak...”

Kelab-kelab Eropah, Liverpool, Bayern Munich, Tottenham Hotspurs dan Leicester City berada di Singapura dari 25 Julai hingga 2 Ogos untuk perlawanan persahabatan semasa persiapan pramusim mereka, sebagai sebahagian daripada acara Pesta Bola Sepak Singapura.

Perlawanan dengan Bayern Munich itu adalah perlawanan persahabatan kedua bagi Liverpool di tempat acara tersebut.

Sebelum ini ia menewaskan kelab Championship, Leicester City, 4-0, pada Sabtu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >